Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia Kali Pertama

Tarikh: 
28 April 2009 - 8:31am - 30 April 2009 - 8:31am
Lokasi: 
Hotel Le Paris, Port Dickson, Negeri Sembilan
BENGKEL PENYELARASAN PENGURUSAN FATWA JABATAN MUFTI SELURUH MALAYSIA KALI PERTAMA
 

Pada 28 hingga 30 April 2009, Bahagian Pengurusan Fatwa Dan Pembangunan Ijtihad telah berjaya menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa buat pertama kalinya di Hotel Le Paris, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Bengkel ini diadakan dengan menghimpunkan para Timbalan Mufti dan Pegawai Fatwa / Istinbat Jabatan Mufti seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu pengurusan fatwa seterusnya membuat penyelarasan mengenainya.

 

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Mohd Nor bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim.

 

Antara pembentang kertas kerja bengkel.

 

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Y.Bhg. En. Mohd Nor bin Abdul Hamid. Dalam ucapan perasmiannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan perkembangan institusi mufti yang telah berjaya berkembang dari sudut sumber manusia dan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Mufti seluruh Malaysia pada masa kini, namun beliau turut menaruh harapan tinggi agar dilema masyarakat mengenai penyeragaman dan penguatkuasaan fatwa di Malaysia dapat dicari mekanisme terbaik bagi menangganinya.

 

Sepanjang bengkel berlangsung, sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan dan beberapa resolusi bengkel telah dapat dirumuskan untuk tindakan pihak urusetia. Secara kesimpulannya, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan

Antara hadirin yang hadir.

Para hadirin khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja bengkel.

Antara Timbalan Mufti dan Pegawai Fatwa / Istinbat Jabatan Mufti yang menghadiri bengkel.