Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa

Tarikh: 
27 Jul, 2010
Lokasi: 
Port Dickson, Negeri Sembilan
Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia pada 27 - 29 Julai 2010 di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada bengkel-bengkel penyelarasan pengurusan yang telah diadakan sebelum ini. Pada bengkel kali ini, wakil-wakil dari Jabatan Mufti yang dijemput adalah terdiri dari kalangan Timbalan-Timbalan Mufti serta Pegawai Istinbat dari Jabatan Mufti Seluruh Malaysia.
 
Bengkel kali ini memberikan fokus kepada isu pengistinbatan fatwa melalui proses dan metodologi yang dipraktikalkan ulama’ dan sarjana Islam. Tiga kertas kerja pembentangan telah dibengkelkan bagi mengupas dan membincangkan isu dan tema bengkel kali ini. Kertas-kertas tersebut adalah seperti :
 
1.Kertas 1: Istinbat Fatwa: Pelaksanaannya
   oleh: Y.Bhg Dr Zulifli bin Mohammad Al Bakri
   Karyawan Tamu Infad, USIM.
 
2.Kertas 2: Metodologi Berfatwa Dalam Mazhab As Syafie
   oleh: Y.Bhg Ustaz Muhammad Najib bin Abdullah,
   Pensyarah dan Ketua Program bagi Program Fiqh dan Fatwa
   Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM
 
3.Kertas 3: Praktikal Pengisitinbatan Fatwa
   oleh: Ustaz Mohd Nafis bin Borhan,
   Pensyarah di Kolej UNITI, Port Dickson.

4.Perbincangan: Moot Istinbat: Satu Teori Awal
   oleh: Y.Bhg Ustaz Muhammad Najib bin Abdullah,
   Pensyarah dan Ketua Program bagi Program Fiqh dan Fatwa
   Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM

Berdasarkan kepada perbincangan dan diskusi yang telah dilaksanakan, bengkel ini telah merumuskan satu cadangan deraf garis panduan intinbat fatwa / kaedah istinbat fatwa bagi digunakan sebagai panduan mengistinbat fatwa dan hukum di peringkat negeri-negeri.
 
 
Perasmian Bengkel oleh Y.Bhg. Puan Hajjah Wan Morsita Wan Sudin, Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM.
 
 
Y.Bhg. Dr Zulifli bin Mohammad Al Bakri, Karyawan Tamu Infad, USIM menyampaikan kertas kerja 1
 
 
Y.Bhg Ustaz Muhammad Najib bin Abdullah, Pensyarah dan Ketua Program bagi Program Fiqh dan Fatwa
 Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM menyampaikan kertas kerja 2
 
 
Ustaz Mohd Nafis bin Borhan, Pensyarah di Kolej UNITI, Port Dickson menyampaikan kertas kerja 3
 
 
Perbincangan Kumpulan
 
 
Pembentangan Resolusi
 
 
Sesi Bergambar