Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Kali Ke-2
Tarikh:
4 August 2009 - 5:23pm - 6 August 2009 - 5:23pm
Lokasi:
Hotel Copthorne Tanjung Bungah, Pulau Pinang Jabatan Mufti Perlu Diperkasakan
“ Jabatan Mufti Seluruh Malaysia perlu diperkasakan untuk memungkinkannya berperanan dengan berkesan ”
Demikian tegas Sahibus Samahah Dato’ Haji Hasan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika merasmikan penutupan Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-2 pada 6 Ogos 2009.
Menurut beliau, perubahan zaman yang semakin canggih dan mencabar ini, menuntut kepedulian dan keperihatinan yang secukupnya dari umat Islam sekaligus mengingatkan kita bahawa perancangan aktiviti, penjadualan kerja dan penyusunan agenda, rata-rata didasarkan pada jangka masa tahun, dekad dan abad ini. Dalam kaitan inilah relevannya persoalan anjakan paradigma dalam erti perubahan dan memperkasakan sesuatu institusi agama khususnya Jabatan- Jabatan Mufti dititik beratkan.
Beliau mengucapkan tahniah diatas komitmen yang baik para peserta dalam menjayakan usaha memperkasakan Jabatan- Jabatan Mufti seluruh Negara. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada JAKIM kerana menganjurkan Bengkel ini secara kerjasama dengan Jabatan Mufti Pulau Pinang.
Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-2 ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang telah diadakan pada 4 – 6 Ogos 2009 bertempat di Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Seramai 40 orang peserta terdiri dari Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Timbalan-Timbalan Mufti dan Pegawai-Pegawai Istinbat/ Falak dari seluruh Negara telah menghadiri Bengkel yang bertemakan “ Ke Arah Memperkasakan Jabatan Mufti ”.
Sebanyak 4 isu telah dibengkelkan iaitu:
Overview Kerangka Keperluan Bagi Penstrukturan Semula Jabatan Mufti
Oleh: Encik Wan Muzaffar bin Wan Munsif
KPP Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cadangan Pengstrukturan Semula Jabatan Mufti
Oleh: Tuan Haji Suleh Wan Kurdi Bin Haji Jamaludin
Timbalan Mufti Pulau Pinang
Penyelarasan Fatwa: Penyelesaian Dari Sudut Perundangan
Oleh: En. Mohd. Zulbahrin bin Zainuddin
Penasihat Undang-Undang JAKIM
Program Latihan Pengurusan Fatwa
Oleh: En. Hairulazam bin Ramli
Bahagian Latihan JAKIM
Sempena dengan Bengkel tersebut, Jabatan Mufti Pulau Pinang telah mengatur lawatan peserta- peserta ke Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Balik Pulau dan diberikan taklimat berkaitan dengan operasi pusat tersebut.






- 475 reads
Printer-friendly version





