Bengkel Portal e-Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan Bengkel Portal e-Fatwa pada 9 hingga 11 Mac 2010 bertempat diHotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor kepada Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti seluruh negeri. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkel selama 3 hari 2 malam ini.
Objektif bengkel ini diadakan ialah untuk melatih Webmaster negeri- negeri menggunakan Portal e-Fatwa versi baru. Di samping itu peserta juga diminta untuk menyemak dan mengemaskinikan keputusan- keputusan fatwa di dalam portal tersebut serta memuatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan fatwa seperti berita, aktiviti, artikel dan sebagainya.
Para webmaster negeri diharap dapat sentiasa mengemaskinikan maklumat negeri masing-masing terutamanya keputusan-keputusan fatwa terkini dari semasa ke semasa di dalam portal tersebut. Dengan pembangunan semula Portal e-Fatwa ini diharap ianya akan lebih mesra pengguna dan mudah untuk masyarakat mendapatkan fatwa yang dimuatkan di dalamnya. Portal e-Fatwa yang masih lagi dalam peringkat pembangunan ini adalah merupakan medium penting bagi penyebaran keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan-keputusan fatwa negeri-negeri untuk dimenafaatkan oleh masyarakat keseluruhannya.




- Add new comment
- 482 reads
Printer-friendly version







