Mesyuarat JKPPF Kali Pertama

Tarikh: 
5 October 2009 - 11:35am
Lokasi: 
Bilik Mesyuarat Utama JAKIM, Aras 8, Blok D7, Kompleks D, Putrajaya.
Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF) Kali Pertama pada 5 Oktober 2009 (Isnin). Mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JAKIM, Aras 8, Blok D7, Kompleks D, Putrajaya mulai jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

JKPPF yang baru ditubuhkan ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan dianggotai oleh Timbalan-Timbalan Mufti/ Pegawai-Pegawai Kanan daripada Jabatan Mufti seluruh Malaysia.

Mesyuarat JKPPF Kali Pertama ini dipengerusikan oleh Puan Hajjah Wan Morsita binti Wan Sudin, Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa sebagai mewakili Y.Bhg. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Semua Timbalan Mufti/ Pegawai Kanan Jabatan Mufti seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menghadiri mesyuarat ini. Turut hadir Pengarah Bahagian Sumber Manusia JAKIM, wakil-wakil Bahagian di JAKIM iaitu Bahagian Undang-Undang, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Latihan, ILIM dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

JKPPF ini merupakan forum khusus di kalangan pegawai-pegawai kanan Jabatan-Jabatan Mufti untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan penyelarasan pengurusan dan pembangunan fatwa di negara ini. Sebanyak empat (4) kertas cadangan dan empat (4) kertas makluman telah dibentang di dalam Mesyuarat JKPPF Kali Pertama ini.

Dengan adanya JKPPF ini, diharap ia akan membuka ruang kepada para pegawai kanan Jabatan Mufti untuk turut serta membantu para mufti membincangkan isu /perkara berkaitan pengurusan Jabatan Mufti, membantu memperkemas dan memantapkan lagi pengurusan Jabatan Mufti Seluruh Malaysia serta dapat menjana dan menggerakkan segala keputusan yang telah diputuskan diperingkat Persidangan Mufti-Mufti dan Muzakarah JK Fatwa Kebangsaan secara lebih optimum.

Ia juga diharap menjadi wadah bagi mencetuskan isu-isu baru yang difikirkan wajar diperingkat pegawai kanan Jabatan Mufti untuk diketengahkan ke peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau Persidangan Mufti-Mufti kelak.

Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa mempengerusikan mesyuarat.

Timbalan Mufti/Pegawai Kanan Jabatan Mufti dan Wakil Bahagian-Bahagian JAKIM yang turut hadir.

Timbalan Mufti/Pegawai Kanan Jabatan Mufti seluruh Malaysia yang menghadiri mesyuarat.