Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke- 89
Bertempat di The Legend Hotel Kuala Lumpur, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Antara isu penting yang telah dibincangkan pada muzakarah kali ini ialah mengenai Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Seksual dan Reproduktif di Kalangan Remaja Dari Perspektif Syariah dan Pandangan Syariah Berkenaan Pengguguran Dan Membekalkan Bahan Kontraseptif Kepada Remaja Yang Berisiko Tinggi. Dua orang pakar telah dijemput untuk memberikan taklimat dan penjelasan mengenai isu tersebut iaitu Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari Jabatan Pendidikan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Y.Bhg. Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abdul Rashid dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Muzakarah kali ini juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 18 buah NGO yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato Hj. Mustapha Ma bagi membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan agama dan umat Islam. Selain itu, Muzakarah juga telah mengadakan perbincangan dengan Y.M. Engku Tan Sri Dato’ Sri Ibrahim bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia bagi mendapatkan pandangan ke arah memperkukuhkan lagi peranan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada masa-masa akan datang.








- 828 reads
Printer-friendly version







