Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Bersidang Bagi Kali Ke-91

Tarikh: 
3 August 2010 - 4:18pm - 5 August 2010 - 4:18pm
Lokasi: 
PNB Darby Park Kuala Lumpur.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi kali ke-91 telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2010 bertempat di PNB Darby Park Kuala Lumpur. Muzakarah yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin ini telah dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti-mufti, Sahibul Fadhilah Timbalan-timbalan Mufti dan Ahli-Ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
 
Beberapa isu penting yang telah dibincangkan pada muzakarah kali ini, antaranya ialah Garis Panduan Penilaian Risiko Dan Intervensi Primer Kemudharatan Alkohol, Haiwan Jalalah Dalam Industri Ternakan Moden, Penggunaan Alkohol Dalam Makanan Dan Minuman dan Garis Panduan Bersuci bagi kakitangan operasi sistem pembentungan. Pakar-pakar dalam bidang berkenaan telah dijemput untuk memberikan taklimat dan penjelasan mengenai isu-isu tersebut, antaranya Y. Bhg. Dr. Rozanim bt. Kamarudin dan Y. Bhg. Dr. Rushidi bin Ramly, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia serta Y. Bhg. Prof. Dr. Yaakob Che Man, Dr. Suhaimi bin Ab. Rahman dan Encik Dzulkifli bin Mat Hashim daripada Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia.
 
Muzakarah kali ini juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti ke arah memantapkan lagi hubungan kerjasama dan kesepakatan dalam aspek-aspek muamalat dan kewangan Islam yang melibatkan hukum hakam. Selain itu, Muzakarah juga turut mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi Permodalan Nasional Berhad ke arah mempertingkatkan lagi kesempurnaan Islamic Compliance dalam semua aspek pelaburan unit-unit amanah PNB.
 
 
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin mempengerusikan muzakarah
 
 
SS Mufti-Mufti yang hadir
 
 
 
Taklimat daripada PNB oleh Y.Bhg. Dato' Idris Kechot
 
 
 
Taklimat daripada Kementerian Kesihatan oleh Y.Bhg. Dr. Rozanim Kamarudin
 
 
Turut hadir Y. Bhg. Dr. Rushidi bin Ramly, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
 
 
Pertemuan dan perbincangan dengan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti
 
 
Taklimat daripada Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Yaakob Che Man, Dr. Suhaimi bin Ab. Rahman dan Encik Dzulkifli bin Mat Hashim
 
 
Turut diadakan Demo Portal e-Fatwa oleh Tuan Haji Kamaruddin Dolmoin, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM dan Sdr. Ahmad Najib Habib dari x-Web