Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-90

Tarikh: 
1 March 2010 - 3:14pm
Lokasi: 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pada 1 Mac 2010, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-90 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin bermula pada jam 9.00 pagi dan telah dihadiri olehseramai sebelas orang Sahibus Samahah Mufti-mufti, enam orang Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan Y.Bhg. Dato' Hj. Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha Jawatankuasa. Turut hadir pada muzakarah ini ialah dua Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM.

Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor dalam perutusannya melahirkan kebimbangan terhadap masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan masyarakatkhususnya umat Islam di negara ini. Sikap dan tindak tanduk mereka yang sanggup membuang bayi dan mendera anak-anak sehingga membawa maut, membayangkan seolah-olah agama tidak dijadikan pegangan dan panduan hidup. Beliau berharap semua ahli Muzakarah dapat sama-sama membantu mempertingkatkan usaha membimbing masyarakat supaya kepincangan akhlak dan moral yang berlaku ini dapat dibendung segera.Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor juga melahirkan pandangan terhadap kepentingan konsep al-Ifradh wa at-Tafridh di kalangan umat Islam sepertimana konsep wasatiyah yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri.

Sebanyak lima kertas kajian hukum telah dibentangkan pada muzakarah kali ini dan satu sesi taklimat mengenai penggunaan tanda dakwat bagi pesakit kanser telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Zabedah Othman, Pakar Perunding Kanan Onkologi, Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur. Muzakarah kali ini berakhir pada jam 1.30 tengahari dengandoa agarsemua keputusan yang dicapai akan diberkati oleh Allah SWTdan dapat dilaksanakan dengan baik.

Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin ketika mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-90.

 

Antara ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang hadir.

Turut hadir Y.Bhg. Dato' Hj. Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha Jawatankuasa.