Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Kelantan

Tarikh: 
22 Jul, 2010
Lokasi: 
Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, Kelantan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Kelantan pada 22 Julai 2010 bertempat di Dewan Asma' bt. Abu Bakr, Maahad Muhammadi (P) Jalan Merbau, Kota Bharu Kelantan.
 
Wacana sehari ini telah berjaya menarik minat lebih 500 peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri, para Imam dan guru, wakil-wakil daripada NGO serta para pelajar di negeri Kelantan. Wacana ini merupakan program kedua diadakan oleh Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Perasmian Wacana Pendidikan Fatwa ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Hj. Muhamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Tuan Hj. Razali bin Shahabudin, Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan JAKIM mewakili Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah JAKIM.
 
Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar kali ini iaitu:
 
Kertas Kerja I
Merokok Dan Hukumnya Menurut Perspektif Islam
Oleh : Y. Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Karyawan Tamu INFAD
 
Kertas Kerja II
Isu Kehamilan Luar Nikah Dan Pengguguran Di Kalangan Remaja: Situasi terkini dalam masyarakat
Oleh : Y. Bhg. Dr. Hasbullah bin Ab. Rahman,
Pakar Kesihatan Keluarga
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
 
Kertas Kerja III
Pandangan Syarak Mengenai Pengguguran Kandungan
Oleh : Y. Bhg. Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail,
Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI

Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada para peserta, Wacana Pendidikan Fatwa ini perlu diperluaskan di setiap peringkat kerana penjelasan yang disampaikan tersebut telah berjaya memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat.
 
 
Y.Bhg. Tuan Haji Razali Shahabudin menyampaikan ucapan aluan mewakili Ketua Pengarah JAKIM
 
 
Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato' Hj. Muhamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan menyampaikan ucapan perasmian
 
 
 
Penyampaian Cenderamata
 
 
Y.Bhg. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Karyawan Tamu INFAD
 
 
Y. Bhg. Dr. Hasbullah bin Ab. Rahman, Pakar Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
 
 
Y. Bhg. Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail, Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI
 
 
 
Hadirin yang memenuhi Dewan Asma' Abu Bakar
 
 
Sesi Soal Jawab