Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sabah

Tarikh: 
27 May 2010 - 10:47am
Lokasi: 
Dewan Sri Kinabalu, Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu Sabah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sabah pada 27 Mei 2010 bertempat di Dewan Sri Kinabalu, Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu Sabah.

Wacana sehari ini telah berjaya menarik minat lebih 800 peserta yang terdiri dari Pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan serta swasta, ahli-ahli politik, wakil-wakil daripada NGO serta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di negeri Sabah. Seminar yang julung kalinya diadakan di peringkat negeri ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Datuk Hj. Ahmad Alawi bin Hj. Adnan, Mufti Negeri Sabah. Turut hadir Y.Bhg. Prof Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Jahit bin Jahin, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah dan Datuk Maznah Abd. Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah serta beberapa orang wakil dari Jabatan/ Pejabat Mufti negeri-negeri.

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan dalam wacana kali ini iaitu:

Kertas Kerja I

Isu Kehamilan Luar Nikah Dan Pengguguran: Situasi Terkini Dalam Masyarakat dan Kesannya Pada Generasi Umat Islam

Oleh    :        Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
                    
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekolog
                     Jabatan Pendidikan Perubatan
                     Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas Kerja II

Pandangan Syarak Mengenai Pengguguran Kandungan

Oleh    :        Y. Bhg. Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail,
                     
Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI

Kertas Kerja III

Amalan Khurafat Dan Penggunaan Jin Dalam Masyarakat Islam  

Oleh    :        Y. Bhg. Dr. Abd. Hayei bin Abd. Shukor
                     
Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI

Bersempena dengan program Wacana kali ini juga, Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan pengurusan fatwa ke arah mempertingkatkan lagi penyelarasan dan hubungan kerjasama dengan institusi kefatwaan di peringkat negeri.

Dr. Abd. Hayei Abd Shukor membentangkan kertas kerja.

Hadirin yang mengikuti wacana.

Penyampaian cenderamata kepada SS Mufti Negeri Sabah.

Sesi pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah.

Sesi soal jawab dengan Datin Dr. Paizah Hj Ismail dan Dr. Harlina Halizah Siraj.

Tetamu khas yang turut hadir.

Ucapan oleh Prof. Dato' Dr. Abd. Shukor Hj Husin.

Ucapan perasmian oleh SS Mufti Negeri Sabah.

Wakil Bhg. Pengurusan Fatwa yang hadir.