YAB Perdana Menteri Bertemu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Tarikh:
20 July 2010 - 5:12pm
Lokasi:
Pejabat Perdana Menteri
Pada 20 Julai 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Khas 1, Pejabat Perdana Menteri, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengadakan pertemuan dengan YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abd. Razak; Perdana Menteri Malaysia.Pertemuan yang lebih menjurus kepada perbincangan isu-isu semasa berkaitan agama dan umat Islam ini diadakansupaya ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini dapat menyampaikan secara langsung apa jua pandangan kepada YAB Perdana Menteri khususnya mengenai umat Islam.
Dalam perutusannya YAB Perdana Menteri menaruh keyakinan semua Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dapat memberikannasihat, pandangan dan sokongan kepada beliau dalammembangunkan negara serta memartabatkan kedudukan agama dan umat Islam di negara ini. YAB Perdana Menteri juga amat yakin peranan dan sumbang saran Jawatankuasa ini mampu membantu Kerajaan dalam membentuk dasar-dasar baru atau penambahbaikan dasar-dasar sedia ada dalam pengurusan hal ehwal Islam yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Penasihat Agama Kepada Y.A.B. Perdana Menteri; Y.Bhg. Dato' Seri Dr. Abdullah bin Md Zin, Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin; Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Y.Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz; Ketua Pengarah JAKIM yang juga merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan; Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abd. Shukor Husin menyatakan bahawa pertemuan ini amat besar ertinya ke arah mengeratkan lagi hubungan antara ulama' dan umara' dan sekaligus dapat membina sebuah negara yang seimbang dari segi fizikal dan spiritual.

Sesi Bergambar Bersama YAB Perdana Menteri

Pertemuan JKF dengan YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia


- Add new comment
- 881 reads
Printer-friendly version





