Senarai Aktiviti

Seminar Pendidikan Fatwa - Merokok Adalah Haram

 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi telah bekerjasama menjayakan penganjuran Seminar Pendidikan Fatwa – Merokok Adalah Haram pada 20 Sya’ban 1432H bersamaan hari Jumaat, 22 Julai 2011M bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.

Tarikh : 22 Jul 2011 - 6:12pm
Lokasi : Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa MKI Bincang Isu Alkohol Dan GM Food

 
Bertempat di Pan Pacific KLIA Sepang, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengadakan Muzakarah Khas bagi membincangkan isu alkohol dalam makanan dan minuman serta isu makanan terubahsuai secara genetik (GM Food) pada 14 hingga 16 Julai 2011.
 
 

 

Tarikh : 14 Jul 2011 - 5:09pm - 16 Jul 2011 - 5:09pm
Lokasi : Pan Pacific KLIA Sepang

Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu

 
Khamis 30 Jun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.

Tarikh : 30 Jun 2011 - 1:33pm
Lokasi : Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu

Sarawak Tuan Rumah Muzakarah JKF Ke-95

 
Bermula pada 16 hingga 18 Jun 2011 baru-baru ini telah berlangsung Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-95 bertempat di Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching Sarawak.

Tarikh : 16 Jun 2011 - 2:31pm - 18 Jun 2011 - 2:31pm
Lokasi : Merdeka Palace Hotel & Suits, Kuching, Sarawak

Muzakarah Kali Pertama Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia

 
Baru-baru ini bertempat di The Legend Hotel Kuala Lumpur telah berlangsung Muzakarah Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia bermula pada 29 hingga 31 Mac 2011. Muzakarah yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tarikh : 29 Mar 2011 - 8:51am - 31 Mar 2011 - 8:51am
Lokasi : The Legend Hotel Kuala Lumpur

Melaka Tuan Rumah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-92

 
Pada 15 hingga 17 Disember 2010, Negeri Melaka telah menjadi Tuan Rumah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi kali ke-92. Muzakarah yang diadakan di Hotel Equatorial Melaka kali ini telah dihadiri oleh seramai sebelas (11) orang Sahibus Samahah Mufti-mufti dan dua(2) orang wakil Mufti, empat (4) orang Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan tiga(3) orang Timbalan Ketua Pengarah Jakim.

Tarikh : 15 Dec 2010 - 9:28am - 17 Dec 2010 - 9:28am
Lokasi : Hotel Equatorial Melaka

TKP Dasar Pengerusikan Mesyuarat JKPPF Kali Ke-3

Y.Bhg. Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF) Kali Ke-3 pada Khamis 9 Disember 2010.

Tarikh : 9 Dec 2010 - 4:34pm
Lokasi : Dewan Syura JAKIM