Arkib Kandungan

July 29th, 2011

Seminar Pendidikan Fatwa - Merokok Adalah Haram

Ikon: 
Tarikh: 
22 July 2011 - 6:12pm
Lokasi: 
Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi telah bekerjasama menjayakan penganjuran Seminar Pendidikan Fatwa – Merokok Adalah Haram pada 20 Sya’ban 1432H bersamaan hari Jumaat, 22 Julai 2011M bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi telah bekerjasama menjayakan penganjuran Seminar Pendidikan Fatwa – Merokok Adalah Haram pada 20 Sya’ban 1432H bersamaan hari Jumaat, 22 Julai 2011M bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.

July 20th

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Mki Bincang Isu Alkohol Dan Gm Food

Ikon: 
Tarikh: 
14 July 2011 - 5:09pm - 16 July 2011 - 5:09pm
Lokasi: 
Pan Pacific KLIA Sepang
 
Bertempat di Pan Pacific KLIA Sepang, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengadakan Muzakarah Khas bagi membincangkan isu alkohol dalam makanan dan minuman serta isu makanan terubahsuai secara genetik (GM Food) pada 14 hingga 16 Julai 2011.
 
 

 
 

July 6th

Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu

Ikon: 
Tarikh: 
30 June 2011 - 1:33pm
Lokasi: 
Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu
 
Khamis 30 Jun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.
 
Khamis 30 Jun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.

June 22nd

Sarawak Tuan Rumah Muzakarah Jkf Ke-95

Ikon: 
Tarikh: 
16 June 2011 - 2:31pm - 18 June 2011 - 2:31pm
Lokasi: 
Merdeka Palace Hotel & Suits, Kuching, Sarawak
 
Bermula pada 16 hingga 18 Jun 2011 baru-baru ini telah berlangsung Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-95 bertempat di Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching Sarawak.
 

June 15th

Jakim Terima Kunjungan Hormat Pengurus Jabatan Ifta’, Kuwait

 
PUTRAJAYA 14 Jun 2011 (Selasa) - Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM telah menerima kunjungan hormat tidak rasmi Syeikh Turkey Essa Al-Muttairi, Pengurus Jabatan Ifta’ Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait. Beliau hadir dengan diiringi oleh seorang pelajar Sarjana USIM dan isteri.

 
 

April 7th

Muzakarah Kali Pertama Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia

Ikon: 
Tarikh: 
29 March 2011 - 8:51am - 31 March 2011 - 8:51am
Lokasi: 
The Legend Hotel Kuala Lumpur
 
Baru-baru ini bertempat di The Legend Hotel Kuala Lumpur telah berlangsung Muzakarah Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia bermula pada 29 hingga 31 Mac 2011. Muzakarah yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 

February 9th

Wacana Pendidikan Fatwa Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.a.w Peringkat Negeri Melaka 1432h / 2011m

WACANA PENDIDIKAN FATWA
SEMPENA
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT NEGERI MELAKA 1432H/2011M
13 Februari 2011, Auditorium Masjid Negeri Al-Azim, Melaka. 

December 30th, 2010

Melaka Tuan Rumah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Mki Kali Ke-92

Ikon: 
Tarikh: 
15 December 2010 - 9:28am - 17 December 2010 - 9:28am
Lokasi: 
Hotel Equatorial Melaka
 
Pada 15 hingga 17 Disember 2010, Negeri Melaka telah menjadi Tuan Rumah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi kali ke-92. Muzakarah yang diadakan di Hotel Equatorial Melaka kali ini telah dihadiri oleh seramai sebelas (11) orang Sahibus Samahah Mufti-mufti dan dua(2) orang wakil Mufti, empat (4) orang Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan tiga(3) orang Timbalan Ketua Pengarah Jakim.

December 15th

Tkp Dasar Pengerusikan Mesyuarat Jkppf Kali Ke-3

Ikon: 
Tarikh: 
9 December 2010 - 4:34pm
Lokasi: 
Dewan Syura JAKIM
Y.Bhg. Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF) Kali Ke-3 pada Khamis 9 Disember 2010.

December 8th

Muzakarah Khas Jkf Bincang Isu Orang Bukan Islam Baca Al-quran

Ikon: 
Tarikh: 
3 December 2010 - 12:00pm
Lokasi: 
Hotel Pan Pacific KLIA
 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan isu orang bukan Islam membaca dan menterjemahkan ayat-ayat suci al-Quran dalam Muzakarah Khas yang telah diadakan pada 3 Disember 2010, jam 8.30 malam bertempat di Pan Pacific KLIA.  Muzakarah Khas ini diadakan ekoran daripada tindakan beberapa  orang ahli politik bukan Islam yang menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran di dalam ceramah-ceramah politik yang diadakan.