Arkib Kandungan - 2010

December 30th

Melaka Tuan Rumah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Mki Kali Ke-92

Ikon: 
Tarikh: 
15 December 2010 - 9:28am - 17 December 2010 - 9:28am
Lokasi: 
Hotel Equatorial Melaka
 
Pada 15 hingga 17 Disember 2010, Negeri Melaka telah menjadi Tuan Rumah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi kali ke-92. Muzakarah yang diadakan di Hotel Equatorial Melaka kali ini telah dihadiri oleh seramai sebelas (11) orang Sahibus Samahah Mufti-mufti dan dua(2) orang wakil Mufti, empat (4) orang Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan tiga(3) orang Timbalan Ketua Pengarah Jakim.

December 15th

Tkp Dasar Pengerusikan Mesyuarat Jkppf Kali Ke-3

Ikon: 
Tarikh: 
9 December 2010 - 4:34pm
Lokasi: 
Dewan Syura JAKIM
Y.Bhg. Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF) Kali Ke-3 pada Khamis 9 Disember 2010.

December 8th

Muzakarah Khas Jkf Bincang Isu Orang Bukan Islam Baca Al-quran

Ikon: 
Tarikh: 
3 December 2010 - 12:00pm
Lokasi: 
Hotel Pan Pacific KLIA
 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan isu orang bukan Islam membaca dan menterjemahkan ayat-ayat suci al-Quran dalam Muzakarah Khas yang telah diadakan pada 3 Disember 2010, jam 8.30 malam bertempat di Pan Pacific KLIA.  Muzakarah Khas ini diadakan ekoran daripada tindakan beberapa  orang ahli politik bukan Islam yang menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran di dalam ceramah-ceramah politik yang diadakan.
 

November 3rd

E-fatwa Finalis Anugerah Kajian Kes Oss

Portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terpilih sebagai finalis Anugerah Kajian Kes Open Source Software(OSS) Kategori Sektor Awam sempena Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010 anjuran Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri.

October 15th

Pulau Pinang Tuan Rumah Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia

Ikon: 
Tarikh: 
6 October 2010 - 10:02am - 8 October 2010 - 10:02am
Lokasi: 
Bayview Hotel Georgetown Pulau Pinang
Pada 6 hingga 8 Oktober 2010 Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM telah mengadakan Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia bagi kali ke-6 bertempat di Bayview Hotel Georgetown Pulau Pinang. Persidangan kali ini telah dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti-mufti, Timbalan-timbalan Mufti, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Penasihat Undang-undang dan Pengarah Penyelidikan JAKIM serta Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM selaku Setiausaha.

October 12th

Pelan Strategik Jabatan-jabatan Mufti Dilancar

Pelan Strategik Jabatan-Jabatan Mufti Seluruh Malasyia 2010-2014 telah dilancarkan pada 8 Oktober 2010 yang lalu. Pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena dengan Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-6 pada 6 – 8 Oktober 2010 bertempat di Bayview Hotel Georgetown Penang, Pulau Pinang.

October 2nd

Gerai Fatwa Di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jakim 1431h/2010m

Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM turut diberi peranan untuk menguruskan gerai di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JAKIM 1431H/2010M pada 30 September 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM turut diberi peranan untuk menguruskan gerai di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JAKIM 1431H/2010M pada 30 September 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Gerai Bahagian Pengurusan Fatwa menyediakan lemang + rendang daging dan nasi beriani + kuzi kambing. Sebaik sahaja gerai tersebut dibuka ia telah menjadi tumpuan kepada pengunjung yang begitu teruja dengan juadah istimewa iaitu kuzi kambing.

September 25th

Penganugerahan Profesor Emeritus

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin telah menerima penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen Ke-8 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 25 September 2010 yang lalu.
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin telah menerima penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen Ke-8 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 25 September 2010 yang lalu. Bagi pihak JAKIM, khususnya Bahagian Pengurusan Fatwa selaku Urusetia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) merakamkan sekalung tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin di atas penganugerahan tersebut.

September 23rd

Jamuan Raya Bahagian Pengurusan Fatwa

Sempena Edul Fitri 1431H/2010M, Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan jamuan raya pada 23 September 2010 (Khamis) di Bahagian Pengurusan Fatwa, Aras 5, Blok D7, Kompleks D.
Sempena Edul Fitri 1431H/2010M, Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan jamuan raya pada 23 September 2010 (Khamis) di Bahagian Pengurusan Fatwa, Aras 5, Blok D7, Kompleks D. Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Penasihat Undang-Undang JAKIM, Pengarah Sumber Manusia serta pegawai/ kakitangan JAKIM terutama Bahagian-Bahagian yang berdekatan dengan Bahagian Pengurusan Fatwa.
 

August 17th

Test

test