Arkib Kandungan - Berita

June 15th, 2011

Jakim Terima Kunjungan Hormat Pengurus Jabatan Ifta’, Kuwait

 
PUTRAJAYA 14 Jun 2011 (Selasa) - Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM telah menerima kunjungan hormat tidak rasmi Syeikh Turkey Essa Al-Muttairi, Pengurus Jabatan Ifta’ Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait. Beliau hadir dengan diiringi oleh seorang pelajar Sarjana USIM dan isteri.

 
 

November 3rd, 2010

E-fatwa Finalis Anugerah Kajian Kes Oss

Portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terpilih sebagai finalis Anugerah Kajian Kes Open Source Software(OSS) Kategori Sektor Awam sempena Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010 anjuran Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri.

October 12th

Pelan Strategik Jabatan-jabatan Mufti Dilancar

Pelan Strategik Jabatan-Jabatan Mufti Seluruh Malasyia 2010-2014 telah dilancarkan pada 8 Oktober 2010 yang lalu. Pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena dengan Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-6 pada 6 – 8 Oktober 2010 bertempat di Bayview Hotel Georgetown Penang, Pulau Pinang.

October 2nd

Gerai Fatwa Di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jakim 1431h/2010m

Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM turut diberi peranan untuk menguruskan gerai di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JAKIM 1431H/2010M pada 30 September 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM turut diberi peranan untuk menguruskan gerai di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JAKIM 1431H/2010M pada 30 September 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Gerai Bahagian Pengurusan Fatwa menyediakan lemang + rendang daging dan nasi beriani + kuzi kambing. Sebaik sahaja gerai tersebut dibuka ia telah menjadi tumpuan kepada pengunjung yang begitu teruja dengan juadah istimewa iaitu kuzi kambing.

September 25th

Penganugerahan Profesor Emeritus

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin telah menerima penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen Ke-8 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 25 September 2010 yang lalu.
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin telah menerima penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen Ke-8 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 25 September 2010 yang lalu. Bagi pihak JAKIM, khususnya Bahagian Pengurusan Fatwa selaku Urusetia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) merakamkan sekalung tahniah kepada Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin di atas penganugerahan tersebut.

September 23rd

Jamuan Raya Bahagian Pengurusan Fatwa

Sempena Edul Fitri 1431H/2010M, Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan jamuan raya pada 23 September 2010 (Khamis) di Bahagian Pengurusan Fatwa, Aras 5, Blok D7, Kompleks D.
Sempena Edul Fitri 1431H/2010M, Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan jamuan raya pada 23 September 2010 (Khamis) di Bahagian Pengurusan Fatwa, Aras 5, Blok D7, Kompleks D. Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Penasihat Undang-Undang JAKIM, Pengarah Sumber Manusia serta pegawai/ kakitangan JAKIM terutama Bahagian-Bahagian yang berdekatan dengan Bahagian Pengurusan Fatwa.
 

August 17th

Test

test

August 13th

Jabatan Mufti Negeri Pahang Perolehi Sijil Ms Iso 9001:2008

Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2008 Qulity Management Systems - Requirements dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bermula pada 29 Januari 2010 hingga 28 Januari 2013. Skop Pensijilan ialan Pengeluaran Dan Pewartaan Fatwa Serta Proses-Proses Sokongan.
Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2008 Qulity Management Systems - Requirements dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bermula pada 29 Januari 2010 hingga 28 Januari 2013. Skop Pensijilan ialan Pengeluaran Dan Pewartaan Fatwa Serta Proses-Proses Sokongan.

April 1st

Lawatan Mufti Poland Ke Jakim

Poland berharap kerjasama dengan Malaysia dalam bidang hal ehwal Islam dapat dijalin terutamanya di bidang halal, ujar Mr. Ahmad Tomasz Miskiewicz, Mufti Besar Negara Poland semasa mengadakan lawatan kerja ke Jakim pada 29 Mac 2010 Masihi bersamaan 13 Rabiulakhir 1431 Hijri bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8, Jakim. Mufti Besar Poland turut ditemani oleh isteri beliau Mrs. Barbara Pawlic Miskiewicz.

March 16th

Perhimpunan Intelektual Dr. Yusof Qaradhawi Kali Pertama

Doha, Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof Qaradhawi telah menganjurkan Perhimpunan Intelektual Dr. Yusof Qaradhawi Kali Pertama pada 5 hingga 11 Februari 2010 bertempat di Doha, Qatar. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendalami pendekatan kesederhanaan dalam Islam melalui siri wacana dan intellectual discourse.

Doha, Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof Qaradhawi telah menganjurkan Perhimpunan Intelektual Dr. Yusof Qaradhawi Kali Pertama pada 5 hingga 11 Februari 2010 bertempat di Doha, Qatar. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendalami pendekatan kesederhanaan dalam Islam melalui siri wacana dan intellectual discourse. JAKIM telah diwakili oleh Encik Abdul Karim bin Zakaria, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM.