Senarai Berita

JAKIM Terima Kunjungan Hormat Pengurus Jabatan Ifta’, Kuwait

 
PUTRAJAYA 14 Jun 2011 (Selasa) - Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM telah menerima kunjungan hormat tidak rasmi Syeikh Turkey Essa Al-Muttairi, Pengurus Jabatan Ifta’ Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait. Beliau hadir dengan diiringi oleh seorang pelajar Sarjana USIM dan isteri.

 

e-Fatwa Finalis Anugerah Kajian Kes OSS

Portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terpilih sebagai finalis Anugerah Kajian Kes Open Source Software(OSS) Kategori Sektor Awam sempena Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010 anjuran Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri.

Pelan Strategik Jabatan-Jabatan Mufti Dilancar

Pelan Strategik Jabatan-Jabatan Mufti Seluruh Malasyia 2010-2014 telah dilancarkan pada 8 Oktober 2010 yang lalu. Pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena dengan Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-6 pada 6 – 8 Oktober 2010 bertempat di Bayview Hotel Georgetown Penang, Pulau Pinang.

Gerai Fatwa Di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JAKIM 1431H/2010M

Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM turut diberi peranan untuk menguruskan gerai di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JAKIM 1431H/2010M pada 30 September 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Penganugerahan Profesor Emeritus

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin telah menerima penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus pada Majlis Konvokesyen Ke-8 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 25 September 2010 yang lalu.

Jamuan Raya Bahagian Pengurusan Fatwa

Sempena Edul Fitri 1431H/2010M, Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan jamuan raya pada 23 September 2010 (Khamis) di Bahagian Pengurusan Fatwa, Aras 5, Blok D7, Kompleks D.

Jabatan Mufti Negeri Pahang Perolehi Sijil MS ISO 9001:2008

Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2008 Qulity Management Systems - Requirements dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bermula pada 29 Januari 2010 hingga 28 Januari 2013. Skop Pensijilan ialan Pengeluaran Dan Pewartaan Fatwa Serta Proses-Proses Sokongan.