Ajaran Azhar Bin Wahab

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan tentang Ajaran Azhar Bin Wahab. Muzakarah telah memutuskan bahawa

  1. Ajaran Azhar Bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar; dan
     
  2. Bahawa mana-mana kumpulan @ orang perseorangan yang berpegang dan mengamal Ajaran Azhar Bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.
     
Keputusan (English): 
 
The Teachings of Azhar Bin Wahab

Decision:

The 57th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 10th June 2003 has discussed the teachings of Azhar Bin Wahab. The Conference decided that:

1. The teachings of Azhar Bin Wahab is found to contradict with the creedal doctrine of the Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah and deviate from the true teachings of Islam; and
 
2. Any group or individuals who uphold and practice the teachings of Azhar Bin Wahab has deviated from the Religious Laws and must repent.