Al-Fatihah Dan Bentuk-Bentuk Qiraat Yang Dibolehkan Dalam Sembahyang

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 18 Februari 1986 telah membincangkan Al-Fatihah Dan Bentuk-Bentuk Qiraat Yang Dibolehkan Dalam Sembahyang. Muzakarah telah memutuskan bahawa mengikut kajian dan pandangan ahli al-quran bahawa bacaan yang telah tersebar luas lagi masyhor di seluruh dunia, dirantau asia, khasnya di negara kita ialah mengikut bacaan riwayat hafsun.

Keputusan (English): 
 
al-Fatihah and the Forms of Qiraat (Variance of Quranic Recitations) Permitted in Prayer

Decision:

The 16th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 18th February 1986 has discussed al-Fatihah and the Forms of Qiraat (Variance of Quranic Recitations) Permitted in Prayer. The Conference decided that based on the research and views of experts on Quran, the most famous and widespread recitation of the Quran in the world, in the Asian region, and especially in our country is according to the recitation of the Hafsun narration.