Cadangan Mengenakan Kompaun Terhadap Kesalahan Undang-Undang Syariah
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Cadangan Mengenakan Kompaun Terhadap Kesalahan Undang-Undang Syariah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Cadangan mengenakan kompaun terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan dalam undang-undang Syariah kurang memberi kesan dan keinsafan terhadap diri pesalah-pesalah kerana kesalahan yang dilakukan boleh dibayar dengan wang sahaja.
Oleh itu, sebagai satu kaedah kaunseling untuk memberi nasihat dan kesedaran kepada pesalah-pesalah, Muzakarah memutuskan supaya cadangan mengenakan kompaun terhadap kesalahan-kesalahan undang-undang Syariah di dalam kes-kes takzir yang terpilih tidak dilaksanakan kerana tindakan mahkamah yang sedang berkuat kuasa diyakini mampu.
- 596 reads
Printer-friendly version


