Cadangan Supaya Bayaran Zakat Yang Disalurkan Oleh Badan-Badan Korporat Diselaraskan Pembayarannya Mengikut Kelayakan Negeri-Negeri Di Malaysia

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 14 Apr 2005 telah membincangkan Cadangan Supaya Bayaran Zakat Yang Disalurkan Oleh Badan-Badan Korporat Diselaraskan Pembayarannya Mengikut Kelayakan Negeri-Negeri Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa Isu perpindahan bayaran zakat oleh badan-badan korporat mengikut kelayakan negeri-negeri tidak memerlukan fatwa.

Muzakarah berpendapat bahawa jika terdapat mana-mana negeri yang masih memerlukan bantuan agihan zakat, bolehlah membuat permohonan terus kepada mana-mana Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang mempunyai kutipan yang tinggi. Pihak MAIN berkenaan akan menimbang dan seterusnya membuat keputusan ke atas permohonan tersebut.

Keputusan (English): 
 
Proposal to standardize zakat payment by corporate bodies according to the entitlement of states in Malaysia
 
Decision:
 
The 68thMuzakarah (Conference)of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14thApril 2005 has discussed the Proposal to standardize zakat payment by corporate bodies according to the entitlement of states in Malaysia. The Committee has decided that the issue of transferring zakat payment made by corporate bodies according to the entitlement of Malaysian states does not need fatwa.
 
Hence, the Committee is of the view that should any state is in need of zakat distribution, application can be made directly to any state Council of Religious Affairs that has high collection of zakat. The Council will then assess the application and decide.