Had Tempoh Panggilan Muallaf

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Had Tempoh Panggilan Muallaf. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk agama Islam dipanggil sebagai Muallaf. Sebutan dan had tempoh panggilan Muallaf ini lebih bersifat urf semata-mata.

Keputusan (English): 
 
The Time Limit Of Muallaf Calling

Decision:

The 71th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed on the time limit of muallaf calling. The Committee has decided that there is no evidence in Islam stating that a newly converted Muslim should be called muallaf. Such a calling and time limit issues are merely custom (urf) practices.