Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam. Muzakarah telah bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006%.

 

Keputusan (English): 
 
Food Colouring (cochineal) In Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed the ruling on food coloring in Islam. The Committee has agreed and approved the use of food colouring (cochineal) in food according to the approved standard that is not more than 0.003% - 0.006%.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil. Serangga ini direbus (menghasilkan warna merah perang) atau dipanggang dalam ketuhar panas (menghasilkan warna kelabu) atau atas kuali panas (menghasilkan warna hitam) dan kemudian dikeringkan. Lima (5) kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu (1) kilogram pewarna carmine.
     
  2. Cochineal berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%.
     
  3. Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan sampingan.
     
  4. Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Hasyiah I’anah al-Talibin, Juzu’ 1, halaman 89-90, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir.
     
  5. Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudharatkan. Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana “Asal setiap sesuatu itu adalah harus”, maka ia boleh digunakan selagimana tidak mendatangkan mudharat dan dikawal.