Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat Di Mina

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah membincangkan Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat Di Mina. Muzakarah telah memutuskan bahawa Jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat untuk bermabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan berkenaan dan tidak dikenakan apa-apa dam, ibadat haji mereka adalah sah dan tidak berdosa kerana mereka adalah termasuk golongan al-ma'zurin sama seperti siqayah al-'abas yang diberikan rukhsah oleh Nabi SAW untuk tidak bermabit di Mina.

English Version

 
The Ruling on Spending the Night (Mabit) in Mina for Pilgrims Who Are Not Provided a Place to Stay in Mina

Decision:

The 66th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 25th November 2004 has discussed the Ruling on Spending the Night (Mabit) in Mina for Pilgrims Who Are Not Provided a Place to Stay in Mina. The Conference decided that pilgrims who are not provided a place to spend their nights in Mina are not required to carry on this obligation and do not have to pay the ‘dam’ (a penalty). Their hajj is legal and they are not punished for not spending the night as their status is similar to those given the excuse such as the siqayah al-‘Abbas who were given the dispensation by the Prophet not to spend the nights in Mina.

 

Arabic Translation

حكم مبيت الحجيج بمنى لمن لم تتوفر لهم أماكن الإقامة.
 

في 25 من نوفمبر لعام 2004م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (66) للمباحثة في قضية مبيت بعض الحجيج الذين لم تتوفر لهم أماكن الإقامة بمنى. وأصدر المجلس قراره بأنه يسقط من هؤلاء الحجيج منسك المبيت بنمى، ولا يلزم الدم عليهم. ويعتبرون متعذرين/ معذورين، كما حدث للعباس عندما رخَّص له الرسول صلى الله عليه وسلم بعدم المبيت بمنى لسقايته.

 
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: