Hukum Bunuh Ke Atas Pelaku Kesalahan Berkaitan Dengan Senjata Api

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-23 yang bersidang pada 20 Feb 1998 telah membincangkan Hukum Bunuh Ke Atas Pelaku Kesalahan Berkaitan Dengan Senjata Api. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukuman mati atau gantung atau penjara seumur hidup dalam undang-undang berkaitan dengan kesalahan penggunaan senjata api yang terpakai dinegara ini sekarang tidak bercanggah dengan Islam. Hukuman ini sesuai dengan kaedah dalam Islam . Ianya diadakan untuk tujuan menghalang keburukan atau kerosakan yang akan berlaku

Keputusan (English): 
 
Execution Of Criminals Related to Firearms Offences

Decision:

The 23rd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 20th February 1998 has discussed on execution of criminals related to firearms offences. The Committee has decided that death penalty or life sentence for crime related to firearms currently imposed in the country is not in contradiction to Islam. Such punishments are in accordance with Islamic principles. Such punishments are designed to prevent crime and harm.