Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.
Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.
Decision:
The 76th Muzakarah (Conference ) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 21st-23rd November 2006 has discussed the ruling on investment link product from Islamic point of view. The Committee has decided that Muslims today have plenty of alternatives to purchase and invest in Islamic based insurance products.
Therefore, purchasing investment link products offered by conventional insurance companies that combine conventional insurance and investment in trust fund in any non-shariah compliance funds must be avoided by Muslims.
Maklumat berkaitan produk Investment Link adalah seperti berikut:
b. Syarikat-syarikat yang menawarkan produk: Di Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Maybank Takaful menawarkan produk Investment Link yang mematuhi syariah. Syarikat-syarikat ini melabur dalam sekuriti lulus syariah dan menawarkan perlindungan takaful. Syarikat-syarikat insurans konvensional yang menawarkan produk ini ialah AM-Assurancelink, AIA Co. Ltd dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.
c. Perbezaan operasi syarikat-syarikat dalam menguruskan produk:
|
|
TAKAFUL MALAYSIA
|
GREAT EASTERN
|
|
Akad Investment Link antara syarikat dan peserta
|
Akad yang digunakan Takaful Malaysia berasaskan akad wakalah bil-ujrah
|
Akad yang digunakan ialah akad jual beli insurans yang mempunyai unsur gharar, riba dan judi
|
|
Pelaburan
|
Pelaburan melibatkan kaunter-kaunter lulus syariah sahaja
|
Pelaburan terutama dana amanah Islam (dana restu) melibatkan kaunter lulus syariah
|
|
Jawatankuasa Syariah
|
Takaful Malaysia mempunyai Jawatankuasa Syariah peringkat organisasi untuk memantau pelaburannya.
|
Great Eastern tidak mempunyai Jawatankuasa Syariah peringkat organisasi untuk memantau pelaburannya.
|
|
Akta yang mengawal
|
Takaful Malaysia beroperasi berasaskan Akta Takaful 1984 dan Peraturan-peraturan (Akta 312)
|
Great Eastern beroperasi berasaskan Akta Insurans 1996 (Akta 546).
|
Dalam konteks ini Takaful Malaysia dan Maybank Takaful mempunyai Jawatankuasa Penasihat Syariah masing-masing bagi memantau pelaburan yang dibuat manakala syarikat insurans konvensional pula tidak menubuhkan Jawatankuasa Syariah kerana Akta Insurans 1993 tidak mengkehendaki berbuat demikian. Walaupun syarikat ini mendakwa pelaburan Investment Link mereka adalah lulus syariah dan merujuk kepada Jawatankuasa Syariah syarikat atau bank lain, tetapi disebabkan ketiadaan Jawatankuasa Syariah dalaman di peringkat organisasi sebagaimana yang disyaratkan oleh Guideline On Unit Trusts menyebabkan dakwaan ini sukar diterima.
Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)
- 689 reads
Printer-friendly version
