Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-16 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle). Muzakarah telah memutuskan bahawa Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle) adalah harus dengan syarat-syarat berikut:
-
Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks Pendidikan Islam seelok-eloknya dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam.
-
Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam.
-
Kertas dan buku teks Pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya.
- Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis.
Keputusan (English):
Recycling Islamic Education Text Book
Decision:
The 69th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 13th-16th June 2005 has discussed on recycling Islamic Education text books. The Committee has decided that recycling Islamic Education Text Book is permitted on the conditions:
1. The recycling work is best handled by companies owned Muslim
2. The workers in such recycling work must be Muslims
3. The recycled papers and Islamic Education text books are not used improperly, such as the production of toilet papers and others
4. Chemical substance used in the recycling process must not contain impure substances.
- 645 reads
Printer-friendly version
