Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Jan 2004 telah membincangkan Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;
     
  2. Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitumal; dan
     
  3. Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.

 

Keputusan (English): 
 
The Ruling On Distribution Of EPF (The Employees Provident Fund) Money To Converted Muslim

Discussion:

The 61st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 27th January 2004 has discussed the ruling on distribution of EPF money to converted Muslim. The Committee has decided that:

1. According to Islamic law, non Muslim does not inherit from Muslim and vice versa

2. If a Muslim convert has EPF savings and has nominated a non-Muslim as the nominee, he/she has to change the nominee to other Muslim nominee. If there is no Muslim nominee and no Muslim heir entitled to the property, the property should be given to the Baitul Mal and it is not the property of the non Muslim heirs; and

3. Muslim can make a will for non Muslim but not more than 1/3 of the property.