Hukum Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun, produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudharat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.
- Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudharatan kepada manusia adalah haram digunakan.
Keputusan (English):
The Ruling On Using Part Or Substance Containing Forbidden Animal Apart From Dog and Pig For Cosmetic Purposes
Discussion:
The 74th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 25th-27th July 2006 has discussed the ruling on using part or substance containing forbidden animal apart from dog and pig for cosmetic purposes. The Committee has decided that:
1. Islam emphasises on cleanliness. However, any products although produced from part or source of animal that is lawfully edible, but if it causes harm, it is still prohibited
2. Therefore, any cosmetic products or other products containing impure substance such as animal parts or animal source forbidden to be consumed or products that bring harm to consumer are also prohibited.
Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
- 565 reads
Printer-friendly version
