Hukum Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan Sel Stem (Stem Cell)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan Sel Stem (Stem Cell). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Pengklonan Terapeutik untuk tujuan rawatan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan.
- Harus menggunakan embrio yang disimpanbeku atau lebihan embrio dari proses persenyawaan di luar rahim (IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri yang menerima rawatan dan kajian tersebut dilakukan sebelum mencapai tahap 'alaqah (blastocyst).
Keputusan (English):
Ruling on Therapeutic Cloning and Stem Cell Research
Decision:
The 67th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd February 2005 has discussed the ruling on therapeutic cloning and stem cell research. The Committee has decided that:
1. Therapeutic cloning for medical treatment, for instance to create certain cells or to replace damaged organ is permissible. The act is permitted provided that the Syarie precautions are considered.
2. Using frozen embryo or extra embryo in vitro fertilization process is permissible for research purpose. However, permission must be granted from the married couple who are under treatment. The research on the embryo must be done before the embryo reach the calaqa stage (blastocyst).
Keterangan/Hujah:
-
Pengklonan terapeutik adalah pengklonan bagi menghasilkan embrio tetapi tidak dipindahkan ke dalam rahim ibu. Tujuan utama pengklonan terapeutik adalah untuk tujuan rawatan menyelamatkan nyawa manusia; ia menghasilkan sel-sel stem bukan seorang bayi. Bagi kaedah Somatic Cell Nuclear Transfer, sel stem diambil dari embrio untuk tujuan mendapatkan tisu atau organ bagi merawat pesakit yang membekalkan DNA.
-
Kajian ke atas embrio yang disenyawakan di luar rahim ( IVF ) secara ijmak telah dikategorikan sebagai harus oleh Majma’ Fiqh al Islami dalam Persidangan pada Januari 1991 yang bertemakan “ Pengklonan Manusia ” yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan dan Fuqaha Timur Tengah. Mereka berpendapat sebarang kajian ke atas embrio hendaklah dilakukan sebelum mencapai tahap ‘ alaqah ’ iaitu tahap di mana saintis mendapati janin melekat pada dinding rahim. Pada tahap ini juga, saintis mendapati embrio tidak merasai kesakitan kerana belum mempunyai deria rasa.
-
Pengklonan terapeutik untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan. Ini seperti fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Singapura bahawa pengklonan bagi menghasilkan organ gantian untuk kajian perubatan atau menggantikan organ yang telah rosak adalah diharuskan. Walaupun bidang ini masih diperingkat kajian, namun ia mungkin akan menjadi kenyataan pada masa hadapan. Seseorang yang mengalami sakit jantung atau ginjal mungkin tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan ganti jantung atau ginjal yang telah rosak.
- Kaedah pengklonan terapeutik dan penggunaan stem sel adalah bertujuan untuk kebajikan manusia. Merujuk kepada fatwa mu'athirah bahawa pengklonan anggota tertentu dihasilkan untuk dimanfaatkan dalam mengubati orang lain yang memerlukannya.
Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
- 657 reads
Printer-friendly version
