Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-76 di The Legend Hotel, Kuala Lumpur pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan isu Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ectasy, katamine dan Gamma Hyroxbutyric Acid (GHB). 

Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan".

English Version

 
The Ruling On Syabu (Solidified Form Of Powdered Methylamphetamine) Abuse Or Other New Recreational Drugs

Discussion:

The 76th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 21st-23rd November 2006 has discussed the ruling on syabu (solidified form of powdered methylamphetamine) abuse or other new drugs. The Committee has decided that syabu and any new drugs that has similar effects and harm with drugs such as ecstasy, katamine and gamma hytroxybutyric acid (GHB).

Thus, new drug or syabu abuse is forbidden and any related activities such as planting, processing, owning, selling, distributing, buying and permitting premises to be used in such activities are also prohibited.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Nama saintifik bagi syabu ialah amphetamine sejenis dadah dari amphetamine type stimulant iaitu dadah jenis stimulant (perangsang). Perkataan syabu adalah bahasa Tagalog dari Filipina. Nama lain bagi syabu iala ice, ice baby, the devil's drug (dadah syaitan), poor man's coccaine (kokain orang miskin), chalk, crank, fire, glass, speed, kristal dari jenis serbuk, manakala berbentuk pil digelar WY, pil 'kuda', pil 'yaba' dan pil 'go'. Dadah ini terhasil daripada dadah induk amphetamine yang digunakan untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Bagaimanapun, dalam konteks perubatan pada masa kini kegunaannya terhad untuk keadaan tertentu seperti rawatan narkolepsi (keadaan yang mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan, kurang penumpuan dan kegemukan yang teruk). Pada amnya di negara ini amphetamine hanya diluluskan untuk sejenis penyakit kanak-kanak yang terlalu aktif dan kurang daya tumpuan dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). 
     
  2. Syabu merupakan sejenis dadah perangsang yang berupaya mengaktifkan sistem tertentu otak lantas menyebabkan ketagihan kuat pada seseorang. Di Malaysia, ia mula digunakan secara berleluasa kira-kira dua tiga tahun yang lalu berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin. 
     
  3. Kandungan syabu yang aktif ialah amphetamine: yang popular ialah syabu berbentuk kristal dan senang diserap ke dalam darah apabila dihidu iaitu lebih laju daripada kesan pengambilan syabu jenis pil. Syabu yang diedarkan kepada penagih kebanyakannya dihasilkan oleh makmal haram dan daripada bahan precursor seperti ephedrine, psedoephedrine dan phenylproponolamin. Apabila kawalan ketat dilakukan kepada precursor, pengilang haram cuba menggunakan bahan lain yang merbahaya seperti ephedrine (ubat selsema), dextromrtophan (ubat batuk) dan bahan kimia lain seperti bateri lithium, peluntur cat, iodine dan air radiator. Bahan-bahan kimia ini boleh meningkatkan risiko kematian kepada pengguna. 
     
  4. Kesan buruk segera yang dialami oleh pengguna dadah adalah seperti mulut kering, berpeluh secara berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala. Selepas kesan khayal hilang, pengguna akan merasa gelisah, gementar, kebingungan, halusinasi, cepat marah dan boleh bersifat ganas. Penagih akan mengalami kesusutan berat badan, kudis akibat tabiat menggaru-garu kulit kerana menyangka serangga merayap pada kulit atau dalam kulit mereka. Selain menggaru ada juga yang menoreh diri sendiri dalam usaha untuk mengeluarkannya. Tabiat ini dikenali sebagai formication. Gejalanya boleh muncul diantara beberapa bulan atau bertahun selepas penggunaannya dihentikan. Pengguna juga akan mengalami gangguan sistem penghadaman akibat kebuluran serta bahan toksik yang ada dalam dadah. Simptom ketagihan menyebabkan mereka mengabaikan kesihatan diri, pemakanan dan tidur yang sempurna, mengalami kemurungan yang teruk, syak wasangka, bersifat pemarah, keganasan yang tidak terkawal dan perlakuan psikotik (seperti gila). 
     
  5. Firman Allah S.W.T.: Yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah-apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya supaya kamu berfikir". (Sural Al-Baqarah ayat 219)

    Sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya: "Setiap yang memabukkan adalah (dikategorikan sebagai) arak dan setiap arak itu adalah haram".

    Hadis yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa apa juga bahan yang boleh menyebabkan penggunanya mabuk adalah haram untuk apa-apa tujuan sekalipun. Perkataan "kullu" (semua) seperti yang terdapat dalam hadis datang dalam lafaz yang umum yang membawa interpretasi semua bahan yang memabukkan sama ada dalam bentuk cecair, serbuk, pil atau gas adalah haram.
     

  6. Abu Sari' Muhammad Abdul Hadi berpandangan bahawa Hasyisy (ganja) dan opium, dua jenis dadah daripada daun yang boleh menyebabkan ketagihan dan khayal dan tahap merbahaya bahan kimia adalah melebihi arak. Justeru kedua-duanya perlu dikategorikan sebagai haram sama seperti arak.

     

  7. Dr. Yusuf al-Qaradhawiy di dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” menyatakan “Hasyisy adalah bahan yang haram, baik orang yang mengambilnya mabuk ataupun tidak, Hasyisy ini hanya dipakai oleh orang-orang yang jahat kerana di dalamnya ada unsur-unsur yang memabukkan dan menyeronokkan malah sering dicampur dengan arak.”
     
  8. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily lagi pengharaman arak atau seumpamanya bukan sekadar meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk memilikinya atas apa juga alasan, menjual, membeli menghadiahkan dan sebagainya adalah tertakluk dalam hukum yang sama.
     
  9. Isu ini adalah jelas dari segi kemudaratan yang dialami dan hukum Islam yang telah ditentukan. Walaupun pelbagai nama digunakan, namun sekiranya ia masih dalam konteks memudharatkan, hukumnya tetap haram.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Masalah Dadah & Penyelesaiannya Muzakarah Kali Ke-3 15 Apr, 1982
2 Tuntutan Fasakh Nikah Isteri Kerana Suami Mengidap Penyakit Aids Atau Penagih Dadah Muzakarah Kali ke-37 23 Mar, 1995
Fatwa Negeri Berkaitan: 
Bil Tajuk Negeri Penwartaan Tarikh Keputusan
1 Fatwa Pengharaman Air Daun Ketum Kedah Tidak Diwartakan 3 Oct, 2005