Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan
     
  2. Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.

English Version

 
The Ruling on the Money Loan Scheme from Cooperatives and Others to Perform the Hajj or Umrah

Decision:

The 69th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 13th-15th June 2005 has discussed the Ruling on the Money Loan Scheme from Cooperatives and Others to Perform the Hajj or Umrah. The Conference decided that:
 
1. It is permissible for a person to borrow money to perform the hajj or umrah provided that he is able to repay the debt and does not affect the wellbeing of his life; and

2. The Money Loan Scheme must be managed through bodies or cooperatives that emphasize on the principles of sincerity, cooperation, justice and transparency in their operations as well as free from the elements of usury (riba).
 

Arabic Translation

حكم أخذ قرض مالي من مصرف أو ما شابهه لأداء الحج أو العمرة
 
في 13-15 من يونيو لعام 2005م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (69) للمباحثة في إصدار الحكم الشرعي على من يقترض مالاً من مصرف أو من أي جهة مشابهة به لأداء الحج أو العمرة. فأصدر المجلس فتواه على النحو التالي:
 
1.   يجوز على المسلم أن يأخد قرضاً مالياً من أجل آداء فريضة الحج أو العمرة، بشرط أن يكون قادراً على تسديد القرض دون أن يؤثر على مستلزمات الحياة الأخرى.

2.   يجب أن تكون معاملات برنامج القرض المالي مبنية على مبادئ الصدق والتعاون والعدل من قبل الشركة. وأن تكون خالية من عناصر الربا. 

 
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Hukum Haji Lebih Daripada Sekali Muzakarah Kali Ke-20 2 Apr, 1988
2 Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis Muzakarah Kali Ke-84 15 Dec, 2008
3 Hukum Bermabit Di Mina Bagi Jemaah Haji Yang Tidak Diperuntukkan Tempat Di Mina Muzakarah Kali Ke-66 25 Nov, 2004
4 Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram Muzakarah Kali Ke-89 14 Dec, 2009
Fatwa Negeri Berkaitan: