Kesabitan Anak Bulan Ramadhan & Syawal

Keputusan: 

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Jul 1977 telah membincangkan Kesabitan Anak Bulan Ramadhan & Syawal. Persidangan telah memutuskan bahawa "Anak bulan Ramadhan dan Syawal kiranya tidak kelihatan dilindungi awan (ghaim) padahalnya mengikut kiraan ahli-ahli falak syarie anak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak syarie bolehlah digunakan. Tetapi kiranya cuaca baik dan anak bulan tidak kelihatan maka hendaklah disempurnakan bilangan hari bulan itu sebanyak 30 hari".

Keputusan (English): 
 
Determination Of The New Moon Of Ramadan And Shawal

Decision:

The 14th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th July 1977 has discussed the determination of the new moon of Ramadan and Syawal. The Committee has decided that "if the moon of Ramadan and Syawal cannot be seen because of cloud (ghaim) but the calculation of the experts (astronomer) confirming that the moon can actually be seen, hence the calculation can be counted. However, if the weather is good but the moon still does not appear, hence the current month should be calculated as having 30 days complete.