Khairat Kematian

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Feb 1987 telah membincangkan Khairat Kematian. Muzakarah telah memutuskan bahawa :

  1. Selain daripada Kumpulan Khairat Kematian Lembaga Letrik Negara ini terdapat juga bentuk kumpulan khairat yang sama yang dikendalikan oleh organisasi lain di negara ini seperti Jabatan Bomba , Felda dan lain-lain . Keahliannya juga melibatkan orang bukan Islam.
     
  2. Dari segi hukum orang Islam tidak boleh membantu sebarang kegiatan atau perbuatan bercorak keagamaan agama-agama bukan Islam tetapi bantuan kepada kegiatan atau perbuatan berbentuk kemasyarakatan diharuskan.
     
  3. Muzakarah mengambil keputusan Kumpulan Khairat Kematian yang dikendalikan oleh Lembaga Letrik Negara harus disisi syarak dengan syarat wang bantuan yang dikeluarkan tidak digunakan bagi kegiatan atau perbuatan bercorak keagamaan agama bukan Islam.
     
  4. Penyertaan orang Islam dalam Kumpulan Khairat Kematian yang ahlinya bercampur antara orang Islam dengan bukan Islam adalah harus dengan syarat mereka hendaklah meniatkan wang yang disumbangkan kerana tujuan bantuan dan bukan membantu perkara yang berkaitan dengan keagamaan bukan Islam.

English Version

 
Khairat Kematian (Death Fund)
 
Decision:

The 18th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 25th February 1987 has discussed death fund. The Committee has decided that:
 
1. Beside Lembaga Letrik Negara, there are other death funds operated by other organizations such as Fire Department, Felda and others. The membership also includes non Muslim

2. From legal point of view, Islam cannot assist any ritual activities of other religions, however assistance on the basis of social networking is permitted

3. The Committee has decided that death fund operated by Lembaga Letrik Negara is permissible in Islamic law on a condition that the assistance given is not meant for ritual activities for other religion than Islam

4. Mixed membership between non Muslim and Muslim in the death fund is permissible, however the assistance given must be on the basis of merely charity and not for ritual activities of other religions.
 

Arabic Translation

برنامج جمعية خيرية تعطى بعد الوفاة
 
في 25 من فبراير لعام 1987م، عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (18) للمباحثة في برنامج جمعية خيرية تعطى بعد الوفاة. وتوصل المجلس إلى التصريح بالنقاط التالية :
 
 
يوجد جهات أخرى تقيم برنامج جمعية خيرية تعطى بعد الوفاة غير الهيئة الوطنية للكهرباء. مثل إدارة المطافئ، شركة فيلدا وغيرهما. ولا يقتصر عضوية هذا البرنامج للمسلمين فقط، بل هناك مشاركون من غير المسلمين أيضاً.
 
 
من حيث الحكم الشرعي، فإنه لا يجوز لأي مسلم تقديم المساعدة في أي نشاط أو مشروع يتعلق بعناصر دينية غير الإسلام. بيْد أنه يجوز مشاركته في مساعدة غير المسلم من الناحية الاجتماعية.
 
 
أصدر المجلس قراره بإجازة برنامج جمعية خيرية تعطى بعد الوفاة، الذي تديره الهيئة الوطنية للكهرباء. بشرط عدم استخدام أموال ومنافع هذه الجمعية الخيرية في مساعدة أو تمويل أي نشاط أوممارسة دينية غير الإسلام.
 
 
حكم مشاركة المسلمين في برنامج جمعية خيرية تعطى بعد الوفاة الذي يضم في عضويتها أعضاء من غير المسلمين جائز، بشرط وجود النية بأن هذه الأموال المتبرعة ليست للمساعدة في أمور وأنشطة  تخص دين غير الإسلام.