Kumpulan Tal Tujuh
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Kumpulan Tal Tujuh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat, Kumpulan Tal Tujuh didapati berpegang kepada ajaran dan fahaman yang menyeleweng dari syariat Islam. Diantara ajaran mereka ialah:
- Mengaku dan mendakwa mendapat Ilmu Laduni;
- Mengaku mereka mendapat Kasyaf;
- Membuat keputusan sesuatu hukum berdasarkan mimpi dan mendakwa boleh menta'bir segala mimpi dengan tepat;
- Mendakwa amalan haji yang dilaksanakan sekarang tidak betul dan tidak sah;
- Pengikut tidak dibenarkan berkahwin selain daripada sesama pengikutnya sahaja;
- Ahli-ahli yang keluar daripada kumpulan ini dianggap murtad rohaniah;
- Ahli-ahli yang tidak mengikut arahan hendaklah diperangi dan dipulaukan; dan
- Ahli-ahli yang menentang, halal darahnya.
Berdasarkan penyelewengan-penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Kumpulan Tal Tujuh adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
Keputusan (English):
Tal Tujuh Group
Decision:
The 74th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 25th-27th July 2006 has discussed the Tal Tujuh Group. The Conference decided that:
Based on the research undertaken, the Tal Tujuh Group is found to uphold to the teachings and doctrines that deviate from the teachings of Islam. Their teachings, among others, are as follows:
• Admitting and alleging obtaining supernatural knowledge (ilmu laduni);
• Admitting obtaining the status of unveiling (kashf)
• Determining the status of a religious ruling based on dreams and alleging the ability to interpret all dreams accurately;
• Alleging that the present hajj practice is not correct or valid;
• Its followers are not allowed to marry except among the group members only;
• Its followers who denounced the group are deemed as spiritual apostates.
• Its followers who do not follow orders must be fought with and boycotted;
• It is legal to execute any of its followers who oppose the doctrine of the group.
Based on these deviations, the Conference decided that the teachings and doctrine of the Tal Tujuh Group have deviated from the teachings of Islam.
- 542 reads
Printer-friendly version
