Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pengkebumian mayat hendaklah disegerakan. Perbuatan sengaja melambat-lambatkan pengkebumian adalah haram.
     
  2. Pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya. Tindakan melambat-lambatkan siasatan sehingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan adalah juga haram.
     
  3. Menyimpan atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah bagi kemaslahatan umum adalah harus.

 

Keputusan (English): 
 
Keeping Dead Body for a Longer Period and Exhumation for Court Evidence

Decision:

The 49th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 19th September 2000 has discussed on keeping dead body for a longer period and exhumation for court evidence. The Committee has decided:

1. Dead body must be buried immediately. Delaying the burial is prohibited.

2. The authority responsible in investigating murder case must expedite its investigation. Delaying investigation may lead to the delay of the burial, which is also prohibited.

3. Keeping and exhuming dead body for court evidence for the good of the public is permitted.