Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya termasuk kanak-kanak terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.
     
  2. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.
     
  3. Mayat yang bercampur aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada jenazah orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan ditanah perkuburan orang Islam.

 

Keputusan (English): 

Abandoned Dead Body From Islamic Perspective

Decision:

The 48th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 3rd April 2000 has discussed on abandoned dead body from Islamic perspective. The Committee has decided that:

1. Unidentified dead body, including abandoned children that cannot be identified can be regarded as citizens of the country where the body is found.

2. If the body was found in an Islamic country, without ID and other documents, the body is considered Muslim. If the body was found in a non Muslim country, without any ID or documents and evidence proving that the dead is a Muslim, he/she is considered as non Muslim

3. Mixed dead bodies consisting of non-Muslim and Muslim that cannot be distinguished, should be bathed, shrouded, and prayed with the intention meant only for the Muslims. These bodies cannot be buried in non Muslim cemetery. The bodies must be buried in a separate place or in a separate area in Muslim graveyard.