Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;
-
Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan
- Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk .
Keputusan (English):
Termination Of Pregnancy Due To Thalassemia
Decision:
The 52nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st July 2002 has discussed on termination of pregnancy due to thalassemia. The Committee has decided that:
1. It is frowned upon (makruh) to terminate pregnancy aged one to 40 days if the pregnancy does not harm the mother and agreed to by the husband and the wife
2. Termination of pregnancy before 120 days is permissible if the foetus is disfigured, ill and can harm the life of the mother; and
3. Termination of pregnancy aged 120 days or more is prohibited and considered as a crime against the unborn baby as the soul already entered the foetus, unless it is done to protect the life of the mother because of severe deformity.
Keterangan/Hujah:
Thalassemia adalah sejenis penyakit autosomal recessive sel-seldarah merah di mana berlakunya kekurangan sintesis rantaian globin (globin chains). Ini mengakibatkan eritropoesis yang tidak berkesan (ineffective erythropoiesis), hemolisis yang kronik dan anemia. Dengan erti kata mudah, ianya sejenis penyakit bawaan keturunan yang diturunkan kepada generasi baru (anak-anak) melalui genetik (baka). Akibatnya, sel-sel darah merah tidak stabil dan ianya mudah pecah (hemolisis). Pemecahan ini dan hasil-hasil pemprosesan bahan-bahan yang terurai inilah yang menimbulkan masalah kepada pengidap penyakit Thalassemia.
Pesakit Thalassemia memerlukan pemindahan (transfusi) darah dan rawatan menyahkan (membuang) unsur besi (iron chelation) seumur hidup. Perawatan ini melibatkan kos yang tinggi. Pesakit yang tidak menjalani perawatan menyahkan unsur besi, akan mengalami kelebihan unsur besi (iron) di dalan tubuhnya dan kebanyakan daripada mereka akan meninggal dunia di akhir usia belasan tahun. Kelebihan unsur besi di dalam tubuh pada umumnya melibatkan organ-organ utama yang mengakibatkan kegagalan jantung (heart failure), pendek tubuh-badan (short stature), masalah baligh (puberti) dan diabetes mellitus. Manakala kekerapan pemindahan darah pula boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan hepatitis B, hepatitis C dan Human Immunodeficiency Virus (HIV). Pilihan perawatan lain untuk pesakit Thalassaemia adalah transplantasi sum-sum tulang (bone marrow transplantation) dan transplantasi darah tali pusat (cord blood transplantation).
Memandangkan kepada implikasi kos yang tinggi untuk menyediakan ‘Penjagaan Yang Sebaik Mungkin (Best Possible Care), satu strategi harus dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kelahiran keskes baru Thalassaemia. Ujian saringan dan kaunseling semata-mata, tanpa pengguguran janin, tidak akan mengurangkan jumlah kes-kes baru Thalassaemia dan seterusnya tidak akan dapat mengurangkan beban penderitaan terhadap pengidap tersebut, beban kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Menggugurkan kandungan selepas 4 bulan adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama’, kerana membunuh jiwa seseorang tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak kecuali kerana darurat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah, daging dan binatang yang tidak disembelih kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Baqarah: ayat 173)
Pendapat Fuqaha’ membahagikan peringkat pembesaran janin dalam kandungan untuk digugurkan berdasarkan kepada tiga peringkat selaras dengan Kaedah Fiqhiyah (memilih yang lebih ringan di antara dua kemudharatan) bagi mengelakkan bahaya yang berat:
- Peringkat 1 hingga 40 hari (nutfah - alaqah).
- Peringkat 40 hari hingga 4 bulan (Mudghah - Berbentuk).
- Peringkat 4 bulan ke atas (sesudah ditiup roh).
Keputusan diambil kira dengan mengikut peringkat umur serta berdasarkan syarat berikut:
-
Menurut ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untik menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.
-
Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.
- Ijma’ Fuqaha’ berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
- 743 reads
Printer-friendly version
