Pekerja-Pekerja Islam Di Kilang-Kilang Yang Tidak Dapat Menunaikan Sembahyang Fardhu
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-54 yang bersidang pada 23 Jan 2003 telah membincangkan Pekerja-Pekerja Islam Di Kilang-Kilang Yang Tidak Dapat Menunaikan Sembahyang Fardhu. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Sembahyang adalah wajib bagi setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Sembahyang fardhu hanya boleh dijamakkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.
- Menasihatkan kepada pihak berkuasa agar sentiasa berbincang dengan pihak kilang untuk mencari jalan supaya orang Islam boleh menunaikan sembahyang dalam waktunya.
Keputusan (English):
Muslim Workers in Factories Who Are Not Able to Perform the Obligatory Prayers
Decision:
The 54th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd January 2003 has discussed the status of Muslim Workers in Factories Who Are Not Able to Perform the Obligatory Prayers. The Conference decided that:
1. Prayers are obligatory upon every Muslim who fulfils all the required conditions. Obligatory prayers can only be combined for certain excuses permitted by the Laws of Islam.
2. The relevant authorities be advised to initiate discussions with management of factories to find ways for Muslims to perform their obligatory prayers on time.
- 474 reads
Printer-friendly version
