Pembiakan Siput Babi ( Achatina Fulica )

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke- yang bersidang pada 2 April 1998 telah membincangkan Pembiakan Siput Babi ( Achatina Fulica ). Muzakarah telah memutuskan bahawa perusahaan menternak siput babi untuk eksport ke luar negera sebagai bahan makanan adalah harus.
 

English Version

 
Breeding of Snails (Achatina Fulica)

Decision:

The Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd April 1998 has discussed the Breeding of Snails (Achatina Fulica). The Conference decided that snail breeding for export purposes to other countries as food is permitted.
 

Arabic Translation

تربية الحلزون (Achatina Fulica)
 
في 2 من إبريل لعام 1998م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة  -  للمباحثة في حكم تربية الحلزون (Achatina Fulica). وأصدر المجلس قراره بجواز تربيتها لغرض التصدير. 
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Dari segi nama, siput ini dipanggil sebagai Siput Afrika kerana ianya berasal dari Afrika, Umumnya masyarakat di Malaysia memanggilnya siput babi, ada juga yang menamakannya sebagai siput harimau atau siput belungking. Di negara-negara lain, siput ini disebut dengan nama lain, misalnya di British ia dipanggil siput British. Walaupun namanya lain-lain dan ada di seluruh negara, tetapi cara hidupnya adalah sama. Haiwan ini ialah sejenis aliran yang sama dengan kumpulan sotong, kerang dan siput-siput laut. Perbezaannya ialah siput babi ini hanya hidup di darat. Ia bukan jenis mamalia, tetapi adalah jenis haiwan rendah yang lebih rendah daripada belalang. Sistem pendarahannya juga tidak sama dengan sistem pendarahan haiwan mamalia. Ia membiak melalui telur seperti pembiakan penyu. Di Eropah, telur haiwan ini dijadikan sebagai makanan yang istimewa dan harganya tinggi, haiwan ini juga tinggal di tempattempat yang ada tanaman muda dan di kawasan yang berbatu, makanannya ialah jenis daun dan lumut. Haiwan ini mengeluarkan sejenis lendir yang gunanya ialah untuk memudahkan pergerakannya dari satu tempat ke satu tempat.
     
  2. Pendapat umum di negara ini mengatakan lendir tersebut mempunyai unsur keracunan. Para ahli sains yang menyelidik mengenai perkara ini mendapati lendiran tersebut mengandungi bahan lemak dan protein. Di Eropah, lendir ini digunakan sebagai bahan pengawet.
     
  3. Dalam penentuan hukum sama ada sesuatu binatang itu halal di makan atau pun tidak, terdapat lima ciri yang telah ditentukan oleh syarak, iaitu berdasarkan nas Al-Quran dan Al-Hadith, kerana disuruh membunuhnya, kerana dilarang membunuhnya, kerana khabisah atau kerana ia memberi mudharat.
     
  4. Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai. Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Shafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang.
     
  5. Uruf masyarakat di Malaysia menganggapkan siput babi ini sebagai khabisah, kemungkinan masyarakat lain tidak menganggap sedemikian. Menurut pendapat setengah ulama’ terdahulu, khabisah bukan sahaja dari segi lahir, umpamanya ada racun dan sebagainya, tetapi termasuk juga zat benda itu sepertimana haramnya babi. Dalam Mazhab Shafie, memang jelas iaitu setiap perkara yang khabisah adalah diharamkan, tetapi untuk meletakkan siput babi ini sebagai khabisah dan tidak halal dimakan adalah tidak jelas dan masih diragukan kerana perasaan jijik yang boleh dihukum sebagai khabisah adalah satu perkara yang nisbi, kemungkinan ada orang yang tidak merasakan jijik terhadap haiwan tersebut.
     
  6. Perusahaan menjadikan siput babi ini sebagai bahan makanan di Eropah telah dilaksanakan sejak 20 tahun yang lalu. Isi siput ini dijadikan sebagai makanan dan juga sebagai bahan campuran kepada biskut dan roti. Kulit siput ini dijadikan sebagai bahan kapur.