Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat-2

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 telah membincangkan Pencantuman Benih Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum akad nikah dan kemudiannya dibuat pencantuman dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah haram.
     
  2. Hukum mencantumkan benih yang diambil dan dicantumkan dalam tempoh perkahwinan yang sah adalah harus.


 

Keputusan (English): 
 
In Vitro Fertilization as an Effort to Have Baby 2

Decision:

The 56th Conference (muzakarah) of the Fatwa Committee National Council for Islamic Religious Affairs held on 7th May 2003 has discussed in vitro fertilization as an effort to have baby. The Committee has decided that:
 
1. Mixing eggs that were extracted before the solemnization of marriage is forbidden although the mixing process is conducted during the marital period

2. Mixing eggs during marital period is permissible.