Penggunaan Graf Tisu Dalam Amalan Perubatan

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-38 yang bersidang pada 21 Jun 1995 telah membincangkan Fatwa ke Atas Penggunaan Graf Tisu Dalam Amalan Perubatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Hukum penggunaan geraf tisu dalam amalan perubatan adalah harus.
     
  2. Penggunaan geraf tisu adalah semata-mata untuk tujuan perubatan sahaja.
     
  3. Penggunaan tersebut tidak disalahgunakan dengan tujuan untuk diperdagangkan atau lain-lain.


 

Keputusan (English): 
 
Use of Tissue Graft in Medical Practice

Decision:

The 38th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 21st June 1995 has discussed use of tissue graft in medical practice. The Committee has decided that:
 
1. Tissue graft in medical practice is permissible
2. Tissue graft usage is only for medical purpose
3. Tissue graft cannot be misused for trading purpose or other purpose
 
Keterangan/Hujah: 
 
Bank tisu membekalkan geraf tisu manusia atau haiwan untuk kegunaan klinikal ke atas pesakit. Sama seperti pemindahan kornea mata dan organ-organ tubuh lain, geraf tisu bertujuan mengurangkan penderitaan pesakit melalui tiga cara seperti berikut:
 
  1. Melegakan sakit dan kesengsaraan [seperti (a) pesakit barah dimana bahagian yang sakit dapat diselamatkan dengan pemindahan geraf tulang; (b) pesakit lecuran dirawat dengan selaput amnion dan geraf kulit untuk sembuhan yang cepat].
     
  2. Menyembuhkan penyakit yang tidak ada pilihan lain selain dari menggunakan geraf tisu (seperti menyelamatkan anggota daripada dikerat buang keseluruhannya/amputation, hanya bahagian yang sakit dibuang dan diganti dengan geraf tulang untuk penyambungan).
     
  3. Mengekalkan kebolehan berjalan/bergerak (seperti pesakit sendi (arthritis) dan pesakit yang gantian sambungan sendinya gagal (failed joints/failed joints replacements). Sambungan sendi dapat diperbaiki secara berkesan dengan menggunakan geraf tulang manusia tanpa masalah “rejection” malah dapat merangsang tulang pesakit itu sendiri tumbuh dan menggantikan geraf tersebut. Sambungan sendi akan dapat sembuh dan pesakit akan dapat bergerak secara bebas.
 
Penyakit-penyakit utama yang dapat disembuhkan/dilegakan/ diselamat melalui penggunaan geraf tisu adalah seperti berikut:
  1. Barah
  2. Sakit sendi (arthritis)
  3. Sambungan sendi (failed joints)
  4. Gantian sambungan sendi (failed joints replacement)
  5. Lecuran (burns)
  6. Luka (wounds)
Dua bank tisu telah ditubuhkan di Malaysia iaitu di Pusat Pengajian Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan dan di Unit Tenaga Nuklear, Bangi, Selangor. Bank-bank ini telah mula memproses selaput amnion dan tulang manusia serta haiwan. Semua kerja-kerja pemprosesan dilakukan di bawah keadaan bersih dan terkawal.

Selaput amnion didapati dari ibu-ibu bersalin yang sihat dan bebas dari penyakit-penyakit merbahaya. Hanya ibu-ibu Islam dimaklumkan sebelum amnion diambil. Amnion dicuci, dibuang kotoran, lendir dan darah, direndam dalam larutan Natrium Hipoklorid untuk membunuh virus HIV (jika ada) dan dibasuh beberapa kali dengan larutan garam sehingga jernih. Ianya dikeringkan, dibungkus, dan diberi sinaran untuk disuci kuman. Setakat ini amnion telah digunakan ke atas lebih dari 30 pesakit lecuran. Kos rawatan lebih murah berbanding dengan penggunaan antibiotik dan “dressing”, malah paling utama pesakit tersebut tidak menderita sakit, tidak perlu diganti “dressing” nya terlalu kerap dan pergerakan sendinya lebih bebas. Kulit pesakit akan tumbuh dengan baik, tanpa parut yang ketara.

Manakala tulang pula didapatkan dari tulang kepala pinggul (femoral head) yang dibuang dari pesakit dan tulang dari lembu. Hanya pesakit yang sihat, bebas dari sakit merbahaya sahaja dipilih dan diminta kebenaran terlebih dahulu sebelum tulang diambil. Tulang-tulang diproses, dinyah virus HIV dengan kaedah haba “pasteurization”, dicuci beberapa kali dengan air, dikeringkan, dibungkus dan disinarkan untuk suci kuman. Tulang haiwan masih belum digunakan di peringkat klinikal. Kebenaran pesakit-pesakit akan diminta terlebih dahulu sebelum geraf digunakan.

 
Banyak negara telah memperkenalkan akta atau perundangan yang membenarkan pendermaan tisu serta penggunaan tisu dalam manusia. Di antara negara yang mengamalkan adalah United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Singapura, Vietnam, Filipina, Thailand, Sri Lanka dan negara-negara Eropah. Negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh dan Indonesia telah pun menggunakan amnion dan tulang dalam amalan perubatan. Di Malaysia Akta Tisu Manusia 1974 membenarkan penggunaan bahagian badan manusia yang mati untuk tujuan teraputik atau rawatan dan untuk tujuan penyelidikan.
 
Hukum yang diputuskan adalah selaras dengan asas-asas berikut:
  1. Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang dituntut oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi “ ” yang bermaksud “Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”.
  2. Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam firman Allah “ 185 ” yang bermaksud “Allah berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan tidak berkehendak kepayahan”.
  3. Melakukan kemudharatan yang paling ringan di antara dua kemudharatan, sepertimana yang terkandung dalam kaedah Fiqh yang berbunyi “ ” yang bermaksud, “melakukan kemudharatan yang lebih ringan”.