Penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Hormon PSH-P (Otak Babi) bahan penggalak yang diperolehi dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa pun bentuk sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah.
-
Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSH-P (Otak Babi) diharamkan bahkan daging dan susunya.
- Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.
Keputusan (English):
The Use of the PSH-P Hormone (Made from Swine Brain) as a Livestock Breeding Stimulant
Decision:
The 39th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 21st September 1995 has discussed the Use of the PSH-P Hormone (Made from Swine Brain) as a Livestock Breeding Stimulant. The Conference decided that:
1. The PSH-P Hormone (made from swine brain), a breeding stimulant processed from the swine’s brain, is deemed as a severe impurity (najs al-mughallazah) and unlawful (haram) to be used in any form whether for breeding purposes or others. This unlawful ruling is due to its suspicious (syubhah) status.
2. Offspring of livestock produced through the use of the PSH-P Hormone (made from swine brain) is unlawful (haram) including its meat and milk.
3. The relevant authorities especially the Department of Veterinary Services in this country must stop at once from the practice of injecting the PSH-P Hormone onto lawful (halal) livestock for purposes of breeding and others.
Keterangan/Hujah:
Kaedah penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) ini bertujuan untuk pembiakan ternakan di mana kajiannya dibuat oleh para saintis barat sejak tahun 1930an lagi dan didapati dengan menggunakan formula ini perusahaan ternakan telah mendapat kejayaan.
Hormon PSH-P diambil dari organ kelenjar pituitari di dalam otak babi di mana hormon PSH dikeluarkan. Dengan menggunakan proses tertentu, hormon ini dimasukkan ke dalam badan lembu supayai lebih banyak “ovam” yang dibenarkan melalui saluran rahimnya. Kaedah ini bertujuan supaya pengeluaran ternakan akan bertambah empat kali ganda daripada biasa. Persoalan yang ditimbulkan ialah apakah hukumnya membiakkan ternakan melalui suntikan dari hormon yang diambil dari otak babi.
Hormon penggalak ini bukan sahaja boleh didapati daripada babi, ia boleh juga didapati daripada binatang lain yang halal sebagai bahan gantian seperti hormon arnab dan sebagainya. Mengenai baja dan tanaman sebagai contoh perbandingan, sekiranya dibaja dengan tahi babi, ia tidak masuk terus menerus kepada buah tetapi diproses melalui akar. Sedangkan hormon babi jikalau disuntik melalui darah ia akan terus ke janin dan ini adalah jelas mempunyai perbezaan.
Menurut Mazhab Syafie dan Hanbali, berjual beli babi, bangkai, darah, arak dan seumpamanya yang tergolong dalam perkara najis adalah tidak diharuskan berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t. dan RasulNya mengharamkan jualbeli arak, bangkai, babi dan berhala”. Hormon PSH-P yang diperolehi daripada otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan di dalam bentuk apa sekalipun sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.
- 399 reads
Printer-friendly version
