Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan isu Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram; dan
- Bagi beras yang berlainan grednya, hendaklah ditentukan menurut perkiraan satu gantang Baghdad.
Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
- 247 reads
Printer-friendly version
