Pernikahan dengan Perempuan Kitabiah-2

Keputusan: 

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Jul 1977 telah membincangkan Pernikahan dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa takrif Kafir Kitabi ialah orang Yahudi atau Nasrani:

  1. Yang berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika tidak diketahui datuk neneknya memeluk agama itu selepas dinasakhkan (dibatalkan) oleh agama yang berikutnya seperti agama Yahudi dinasakhkan oleh agama Nasrani dan agama Nasrani dinasakhkan oleh agama Islam; atau
     
  2. Yang bukan berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika diketahui datuk neneknya memeluk agama itu sebelum dinasakhkan.

Hukumnya halal nikah dengan perempuan Kafir Kitabi seperti di atas. Adapun perempuan Yahudi atau Nasrani yang bukan Kitabi seperti yang disebutkan di atas adalah haram.

Keputusan (English): 
 
Marriage to a Woman of the Scripture 2

Decision:

The 14th Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th July 1977 has discussed marrying a woman of the scripture. The Committee has decided that the definition of people of the scripture is the Jews or Christians:
 
1. The descendants of the Prophet Jacob, if the ancestors were not known embracing the religion after the religion was abrogated by the next religion such as Judaism that had been abrogated by Christianity and Christianity had been abrogated by Islam

2. Not the descendants of the Prophet Jacob if the ancestors were known embracing the religion before it was abrogated.
 
Marrying a woman of the scripture is considered lawful (halal). However, marrying a Christian or Jewish woman who is not classified as above is forbidden.