Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah membincangkan Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syarak.
     
  2. Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.
     
  3. Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.
     
  4. Seseorang yang dilahirkan "khunsa musykil" iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan, diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.
Keputusan (English): 
 
Sexual Transplant From Male To Female

Decision:

The 4th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 13-14th April 1982 has discussed sexual transplant from male to female. The Committee has decided that:

1. Sexual change from male to female or vice versa through operation is prohibited by Islamic law

2. A person who is born male remains a male even though he has successfully changed to female through operation

3. A person who is born female remains a female even though she has successfully changed to male through operation

4. However, for a person who was born as a khunsa musykil who has two private parts of male and female, it is permitted to undergo operation to retain the most functional private part according to the suitability.
 
Keterangan/Hujah: 
 
  1. Perbuatan menukar jantina sama ada dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya akan melibatkan implikasi hukum dari segi syarak berkaitan perkahwinan, perwalian, ibadat, kematian dan hal-hal berkaitan kerana perbuatan menukar jantina tersebut adalah jelas dilarang dan diharamkan oleh Islam. Seorang lelaki yang menukar jantinanya melalui pembedahan alat kelaminnya kepada alat kelamin perempuan, tidak diiktiraf sebagai perempuan dan sekiranya berkahwin, maka perkahwinan tersebut adalah tidak sah.
     
  2. Lelaki atau perempuan yang tidak nyata alat kelamin (Khunsa Musykil) mereka sama ada lelaki atau perempuan adalah diharuskan melakukan pembedahan.