Pewarisan Harta & Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-38 yang bersidang pada 21 Jun 1995 telah membincangkan Pewarisan Harta & Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai pewarisan harta yang berdasarkan Akta Tanah 1960 adalah tidak bertentangan kerana persetujuan meletakan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak yang terlibat.

Sekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris untuk melantik seseorang daripada mereka sebagai wakil maka

  1. Harta simati hendaklah dijual.
     
  2. Penjualan harta tersebut hendaklah diberi keutamaan kepada waris.
     
  3. Hasil dari penjualan harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid.
     
  4. Kalau harta simati tidak habis dibahagikan maka lebihan pembahagian itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Bersetuju bahawa amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai harta sepencarian tidak bertentangan dengan hukum syarak.

English Version

 
Inheritance and Jointly Acquired Property in FELDA

Decision:


The 38th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 21st June 1995 has discussed inheritance and jointly acquired property in FELDA. The Committee has decided that:

The current practice in FELDA schemes regarding inheritance regulated under the Land Act 1960 is not in contradict ion to Shariah as the nomination of one nominee is made based on agreement by all parties involved.
However, if there is a disagreement among the heirs to nominate a nominee, thus:

1. The property of the deceased must be sold

2. The sale of the property must be given priority to the heirs.

3. Income from the sale must be divided according to faraid (Islamic law of inheritance)

4. The remaining property (if any) after the division should be given to the Baitul Mal
 
The Committee has agreed that the current practice in FELDA schemes regarding jointly acquired property does not contradict Shariah.
 

Arabic Translation

نظام الوراثة ونظام الملكية الزوجية المطبقة في برنامج قطاع شركة (FELDA)
 
في 21 من يونيو لعام 1995م، عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (38) للمباحثة في قضية نظام الوراثة ونظام الملكية الزوجية المطبقة في برنامج قطاع (FELDA). وأصدر المجلس قراره بأن تطبيق نظام الوراثة ونظام الملكية الزوجية المطبقة في برنامج قطاع (FELDA) مستند على القانون المتعلق بملكية الأراضي لعام 1960م، وهو قانون لا يتعارض لأنه ينص على موافقة جميع المشاركين في وضع اسم المفوض بتنفيذ الإجراءات. 
 
أما في حالة عدم الحصول على موافقة جميع الورثة في تعيين المفوص المعني، ففي هذه الحالة:
 
1. يباع ممتلكات ذلك المتوفى.
2. تعطى الأولوية في بيع الممتلكات للورثة.
3. توزع حصيلة البيع إلى الورثة بحسب الفرائض.
4. يقدم الفائض من التركة – بعد استيفاء جميع حقوق الورثة – إلى بيت المال.
 
وعلى ذلك، أجمع أعضاء المجلس الموقر على أن نظام الوراثة ونظام الملكية الزوجية المطبقة في برنامج قطاع  (FELDA) لا يتعارض مع الشريعة الإسلامية.
 
 
Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG
 
Isu ini telah dibangkitkan oleh pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan/Federal Land Development Authority (FELDA), rentetan terdapat pihak yang mempertikaikan konsep dan kaedah pelaksanaannya kerana dikatakan tidak mengikut lunas-lunas dan hukum agama Islam. Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan mereka. Oleh itu, sebarang harta sama ada harta alih atau tak alih yang dimiliki sebelum perkahwinan tidak dikategorikan sebagai harta sepencarian.
 
Pada masa ini (1995) belum ada lagi undang-undang atau peraturan yang seragam tentang pembahagian harta sepencarian. Hampir seluruh negeri di Malaysia telah memperuntukkan tentang harta sepencarian dalam Akta atau Enakmen Keluarga Islam masing-masing dan Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan menetapkan sebarang tindakan yang berkaitan dengan pembahagian harta sepencarian.
 
Amalan yang dijalankan oleh FELDA pada masa ini berpandukan peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 iaitu apabila seseorang peneroka meninggal dunia, kawasan yang diperuntukkan kepadanya di rancangan hanya diturunkan kepada salah seorang sahaja daripada waris-warisnya sama ada di tahap peneroka belum mendapat surat hak milik atau telah menerima surat hak milik.
 
Apabila berlaku kematian, Pengurus Rancangan bagi tanah yang belum ada hak milik akan mengadakan bicara kuasa untuk melantik seorang pengganti. Dalam bicara kuasa tersebut:
 
a. Sekiranya waris-waris yang hadir memberi persetujuan, maka seorang daripada mereka akan dilantik untuk mewarisi harta si mati di rancangan.

b. Sekiranya tidak ada persetujuan waris-waris untuk melantik seorang dalam kalangan mereka, maka pelupusan harta si mati akan dirujuk kepada Pentadbir Tanah Daerah untuk keputusannya.
 
Bagi tanah yang ada surat hak milik, FELDA akan merujuk terus kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan yang akan memanggil waris-waris menghadiri bicara kuasa. Peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 menekankan sekatan-sekatan seperti berikut:
 
a. Hanya seorang sahaja yang boleh mengambil alih pegangan tanah dan tanah itu tidak boleh dipegang secara bersama.

b. Kawasan pegangan tidak boleh dipecah sempadan.

c. Apabila berlaku kematian, hanya seorang penama sahaja yang boleh dilantik bagi
mengambil alih kawasan pegangan si mati.
 
Sekatan-sekatan tersebut bertujuan menjamin tanah rancangan tidak dipecahkan kepada unit-unit yang tidak ekonomik. Bagi menjamin janda-janda peneroka terus mendapat sebahagian harta hasil daripada usaha sama dengan suaminya, FELDA telah menyediakan Garis Panduan Harta Sepencarian. Dalam konteks FELDA, Harta Sepencarian meliputi :
 
a. tanah kebun peneroka,
b. tanah tapak rumah,
c. rumah,
d. harta-harta lain yang diperoleh semasa tinggal di rancangan sebagai suami isteri, dan
 
Janda-janda peneroka yang diceraikan dan layak menuntut harta sepencarian adalah yang sama-sama masuk dan tinggal bersama-sama suami di rancangan hingga berlaku perceraian. Pembahagian harta sepencarian bagi rancangan yang belum selesai bayaran balik kos pembangunan ialah 50% daripada bayaran yang telah dijelaskan.
 
Bagi rancangan yang telah selesai bayaran balik kos pembangunan, janda peneroka berkenaan berhak menuntut 1/3 daripada nilai tanah, kebun, kawasan tapak rumah dan rumah peneroka. Kemudahan yang diberi di bawah Garis Panduan Harta Sepencarian ini hanya bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik untuk kawasan kebun dan rumah. Pada tahap ini, kawasan yang diperuntukkan belum lagi dapat ditakrifkan sebagai harta. Bagi peneroka yang telah mendapat surat hak milik, isteri yang diceraikan itu bolehlah membuat tuntutan mengikut peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam Akta atau Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri berkenaan.
 
Namun demikian, terdapat pihak-pihak yang mempertikaikan konsep dan kaedah pelaksanaan ‘Pewarisan Harta’ dan ‘Harta Sepencarian’ yang dilaksanakan di Rancangan FELDA pada masa ini dan dikatakan tidak mengikut lunas-lunas dan hukum agama Islam.
 
HUJAH DAN DALIL
 
Dalam mengurus dan mentadbir harta yang diamanahkan oleh Allah SWT, manusia hendaklah mengikut dasar-dasar yang telah ditentukannya. Firman Allah SWT:
 
Maksudnya:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188)
 
Tujuan Kerajaan menguatkuasakan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 kepada tanah-tanah rancangan adalah untuk menjamin tanah-tanah tersebut tidak dipecahkan kepada unit-unit yang tidak ekonomik. Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh:
 
Maksudnya:
Keputusan pemerintah atas urusan rakyat bergantung kepada maslahat.
 
Tiap-tiap seorang sama ada lelaki atau perempuan akan mendapat habuan hasil daripada usahanya iaitu sumbangannya akan dinilai. Tiap-tiap seorang juga dibenarkan memiliki harta sama ada secara bersendirian atau bersama. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
 
Maksudnya:
(Kerana telah tetap) orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang telah mereka usahakan...(Al-Nisa': 32)

Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak Muzakarah Kali Ke-83 22 Oct, 2008