Sembahyang Jumaat Banduan Di Dalam Penjara Dan Seumpamanya

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 telah membincangkan Sembahyang Jumaat Banduan Di Dalam Penjara Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum sembahyang Jumaat ke atas banduan di penjara dan seumpamanya adalah wajib dan Jabatan Penjara Malaysia hendaklah membenarkan para banduan menunaikan sembahyang Jumaat kecuali bagi mereka yang didapati boleh menimbulkan ancaman seperti ancaman keselamatan, sosial dan sebagainya.

Keputusan (English): 
 
Friday Prayers of Inmates in Prisons and Others

Decision:

The 56th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 7th May 2003 has discussed the performance of Friday Prayers of Inmates in Prisons and Others. The Conference decided that the ruling on performing Friday Prayers for inmates in prisons and others is compulsory and the Malaysian Prison Department must allow the inmates to perform Friday Prayers except to those who can pose threats such as security threats, social threats and so on.