Tanah Perkuburan Dan Krematoria
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Februari 1992 telah membincangkan Perancangan Tanah Perkuburan Dan Krematoria. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Bersetuju dengan cadangan kawasan tanah perkuburan lama ( lebih dari 90 tahun ) digunakan semula secara berperingkat-peringkat. Ini adalah kerana tidak terdapat nas dari Al-Quran dan hadith yang melarang tanah perkuburan yang lama digunakan semula.
-
Tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan kubur bertingkat sedalam 18 kaki yang dapat menempatkan (3) mayat secara bertingkat kerana pada masa ini masih terdapat banyak kawasan yang boleh dijadikan sebagai tanah perkuburan dan keadaan yang ada sekarang ini masih belum sampai ke peringkat dharurat. Sekiranya keadaan benar-benar mendesak maka cadangan ini boleh dipertimbangkan berdasarkan kaedah fiqhiyah.
- Bersetuju supaya pihak-pihak berkenaan mencari tanah-tanah di luar Wilayah Persekutuan untuk tujuan tanah perkuburan umat Islam.
Keputusan (English):
Graveyard and Crematorium
Decision:
The 29th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 19th February 1992 has discussed on the plan for graveyard and crematorium. The Committee has decided that:
1. Agreed with the proposal to gradually reuse old graveyards (more than 90 years). This is because there is no textual evidence in Quran and Hadith prohibiting the reuse of old graveyards.
2. Disagreed with the proposal to build layered graveyard that is 18 feet depth with 3 dead bodies in each layer. At the moment, there is still plenty of land that can be used as graveyard. Furthermore, the current situation does not reach the level of darura (dire need). However, when the time has come and there is strong need for it, the plan can be justified using the Islamic legal maxims (qawaid fiqhiyya)
3. Agreed that respective party should seek land outside the Federal Territory to be used as Muslim graveyard.
- 475 reads
Printer-friendly version
