Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.
-
Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.
- Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang yang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.
Keputusan (English):
EPF Money, SOCSO and Alike for Dead Muslim Members
Decision:
The 49th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 19th September 2000 has discussed EPF money, SOCSO and alike for dead Muslim members. The Committee has decided that:
1. EPF money and savings are considered as inheritance that must be divided according to faraid (Islamic law of inheritance)
2. EPF nominee is the administrator of the property. The nominee should divide the EPF money according to faraid
3. The Law Division of the Department of Islamic Development Malaysia should advice EPF to review any current regulations and requirements regarding nomination to be Shariah compliance.
Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
- 707 reads
Printer-friendly version
