Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :
-
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
-
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
-
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Keputusan (English):
Zakat on detainees and Muslim prisoners
Decision:
The 60thMuzakarah (Conference)of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rdOctober 2003 has discussed zakat on detainees and Muslim prisoners. The Committee has decided that the Muslim detainees and prisoners are obliged to pay zakat if they fulfil the conditions of zakat fitrah which are:
-
Any individual that has surplus of food or wealth for himself and for persons under his care on the eve of Id and on the morning of the Id day
-
Baby who was born before sunset on the last day of Ramadan and still alive after the sunset
-
Any person who converts to Islam (for non Muslim) before sunset on the last day of Ramadan and remains in Islam
-
A person who is passed away after sunset on the last day of Ramadan.
Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
- 481 reads
Printer-friendly version
